Selepas
era penjelajahan ke Antartika, beberapa perubahan major telah berlaku di
hemisfera kita. Pada tahun 1957, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui
‘Antarcti Treaty’ telah mewartakan bahawa Antartika adalah kawasan larangan.
Perjanjian itu ditandatangani sepenuhnya pada tahun 1959.
Pada
tahun 1957 juga, tercetus propaganda terbesar iaitu program penjelajahan
angkasa lepas. Dua kuasa besar dilihat sebagai bersaing dalam perkara ini
dengan Rusia melancarkan satellite pertama yang diberi nama Sputnik pada tahun
tersebut. Setahun kemudian, AS menubuhkan NASA, dan berlakulah propaganda
penjelajahan manusia ke bulan, penghantarn satellite ke Marikh, perniagaan
satellite, dan lain-lain agenda yang diteruskan sehingga ke hari ini.
Pada
tahun 1958, AS dan Soviet Union telah melakukan misi untuk mengebom langit
dengan menggunakan kuasa nuclear. Operasi ini dinamakan HANE (High Altitude
Nuclear Explosion) yang berterusan selama empat tahun sehingga 1962. Program ini
merupakan ‘Top Secret’ selama 50 tahun, namun menjadi umum sejak tahun 2012.
Kesimpulan daripada program nuclear tersebut merumuskan bahawa LANGIT TIDAK BOLEH
DITEMBUSI WALAUPUN DENGAN KUASA NUKLEAR. – https://en.m.wikipedia.org/wiki/High-altitude_nuclear_explosion
Sebagai kesimpulan, penulis beranggapan bahawa hasil
daripada penemuan di Antartika pihak penguasa dunia telah melancarkan beberapa
langkah untuk membendung rahsia di sebalik Antartika daripada diketahui umum
dengan menjadikan Antartika sebagai kawasan larangan, memulakan propaganda
penjelajahan angkasa lepas untuk memesong perhatian umum, dan melakukan program
nuclear untuk menembusi langit bumi yang ternyata gagal. Jadi, bukalah mata anda,
dan berfikir sejenak, adakah kebarangkalian benar dakwaan penulis bahawa Antartika adalah ‘equator’
bumi, dan kita sebenarnya menghuni cuma satu hemisfera bumi, manakala hemisfera
yang satu lagi kekal misteri? Masuk akal bukan?
No comments:
Post a Comment