Perdebatan
ini telah bermula sejak berkurun lamanya. Ahli –ahli sains, astronomi,
pemerintah suatu masa dahulu telah menghujahkan teori-teori ini selama ratusan tahun.
Pegangan pada masa dahulu semenjak zaman Aristotle menganggap bahawa bumi ini
adalah pusat alam semesta, dan semua objek di langit termasuk bintang-bintang
bergerak mengelilingi bumi. Teori ini dipanggil sebagai teori ‘Geocentric’.
Selepas itu muncul pendukung teori ‘Heliocentric’ yang mengatakan bahawa bumi
beredar mengelilingi matahari. Antara tokoh yang terkenal memperjuangkan teori
ini adalah Galileo. Perdebatan ini begitu hebat sehinggakan ada satu ketika
ianya diharamkan oleh pihak gereja yang memerintah pada ketika itu. Model bumi
rata pada masa dahulu adalah seperti berikut:
Berdasarkan
rajah di atas, para ilmuan suatu masa dahulu percaya bahawa bumi ini adalah
rata, dan dikelilingi oleh kubah atmosfera yang disebut sebagai ‘Firmament of
the sky’. Matahari dan bulan adalah pada saiz yang lebih kurang sama dan
mengelilingi bumi untuk kejadian siang dan malam. Di bawah permukaan bumi ini
adalah ‘dark world’. Peta dunia yang dipopularkan oleh golongan bui rata adalah
seperti berikut:
Rajah 2: peta dunia bumi rata (sumber Google)
Di
atas adalah contoh peta dunia yang dipopularkan oleh golongan bumi rata. Mereka
percaya bahawa bumi ini adalah berbentuk seperti cakera (disc). Bendera
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menggunakan peta yang sama pada
logo mereka. Ini menguatkan lagi kepercayaan mereka bahawa bumi ini sebenarnya
berbentuk cakera, sehingga PBB pun menggunakan peta bumi rata di atas logo
pertubuhan tersebut. Sumber daripada FlatearthWiki: terjemahannya: Bumi ini
berbentuk cakera (disc) dengan Kutub Utara di tengah-tengah dan bumi
dikelilingi oleh dinding ais yang dinamakan Antartika. Kejadian malam dan siang
terjadi oleh putaran matahari dan bulan mengelilingi bumi rata, di mana
terdapat penghadang di antara keduanya. Perubahan cuaca pula diterangkan dengan
menyatakan bahawa matahari berputar pada tahap ketinggian yang berlainan
sepanjang tahun, di mana pada tahap kitaran yang tertinggi, Kutub Utara mengalami
musim panas, manakala bahagian yang lebih Selatan mengalami musim sejuk.
Sebaliknya pula, pada tahap ketinggian kitaran yang paling rendah, bahagian
luar (selatan) bumi mengalami musim panas, dan bahagian utara mengalami musim
sejuk. Bagi menerangkan kejadian gerhana bulan dan matahari, ia terjadi
disebabkan terdapat cakera lutsinar yang melintasi bulan atau matahari pada
sesuatu masa sehingga menyebabkan ia terlindung lalu menyebabkan gerhana.
Pejuang
teori bumi rata turut memberi penekanan bahawa Galileo (saintis yang
memperjuangkan teori heliocentric) telah gagal dalam membuktikan satu fenomena
yang dikenali sebagai ‘paralax’. Dalam perdebatan yang semakin hangat, Galileo
telah menyatakan bahawa beliau mampu membuktikan bahawa bumi beredar
mengelilingi matahari melalui fenomena ‘paralax’. Untuk menerangkan fenomena
‘paralax’ ini, beliau menjangkakan bahawa satu bintang yang kelihatan di langit
dari satu tempat di bumi akan berada pada sudut yang bertentangan (1800)
setelah cukup kitaran bumi 6 bulan, di mana bumi telah melengkapkan separuh
daripada orbitnya mengelilingi matahari. Kegagalan Galileo ini akan penulis
terangkan dengan lebih lanjut kemudian. Para pendukung bumi rata menjadikan
kegagalan tersebut sebagai hujah yang kuat bagi menolak teori ‘heliocentric’.
Selain
itu, pejuang teori bumi rata menolak kewujudan graviti seperti yang telah
dipopularkan oleh Sir Isaac Newton dan Albert Einstein. Pegangan mereka adalah
terdapat satu kuasa di langit yang menggerakkan bulan dan matahari untuk
mengelilingi bumi, bukan disebabkan graviti. Pada masa kini, kita telah
diajarkan bahawa tarikan graviti adalah daya yang memegang bulan, planet-planet
dan bintang-bintang untuk beredar dalam ketetapan yang tertentu.
Pada
pandangan penulis, terdapat beberapa kelemahan yang ketara dalam teori bumi
rata. Pertama, kejadian fasa bulan dalam tempoh sebulan. Terdapat fasa anak
bulan, bulan separuh, bulan mengambang, bulan tua seperti yang kita perhatikan
setiap malam. Dalam model bumi rata, kejadian fasa bulan tidak dapat
diterangkan dengan baik, manakala fasa-fasa bulan ini dapat difahami dengan
jelas dalam model bumi sfera, namun terdapat kelemahannya yang akan penulis
terangkan di bahagian lain.
Satu
lagi kelemahan teori bumi rata adalah tentang kejadian empat musim sejuk,
panas, luruh dan musim bunga. Penerangan teori tersebut telah penulis nyatakan
sebelum ini. penulis membuat kesimpulan bahawa teori kejadian musim ini adalah
lemah dan tidak tepat dengan reality yang dialami oleh penduduk bumi kerana
terdapat perbezaan yang ketara antara tempoh malam dan siang pada bahagian
utara dan selatan bumi. Contohnya, pada musim sejuk kutub utara, dalam bulan
Disember setiap tahun, terdapat tempoh di mana tempoh malam adalah 24 jam, di
mana matahari tidak kelihatan langsung. Bagi bahagian selatan pula seperti
Australia, pada musim sejuk, waktu malam adalah lebih panjang berbanding siang.
Di Antartika pula pada bulan Jun – Julai, terdapat tempoh 2 minggu di mana tempoh
malam adalah 24 jam. Penerangan oleh pendukung teori bumi rata tentang kejadian
empat musim ini amat tidak meyakinkan penulis untuk mengimani teori bumi rata.
Namun,
apa yang menarik perhatian penulis sebenarnya adalah peta yang digunakan oleh
pendukung teori bumi rata. Peta tersebut telah dilakarkan berdasarkan
pengembaraan penjelajah-penjelajah terdahulu mengelilingi dunia. Dari segi
ketepatan pemetaan, penulis berpendapat bahawa peta tersebut adalah hampir
serupa dengan peta dunia yang digunakan sekarang, Cuma perbezaannya adalah satu
berbentuk cakera, manakala satu lagi berbetuk sfera. Peta dunia tersebut
menggambarkan bahawa bumi ini dikelilingi oleh dinding ais yang sangat tinggi
dan tebal yang dinamakan Antartika. Dalam peta dunia moden yang digunakan kini,
Antartika berada di kutub Selatan bumi, merupakan benua yang paling besar.
Perhatikan dengan teliti, kita sebenarnya mempunyai satu peta yang melakarkan
keadaan muka bumi dunia ini berdasarkan penjelajahan-penjelajahan yang telah
dilakukan oleh manusia sehingga kini. Yang membezakan peta teori bumi rata
dengan peta teori bumi sfera adalah bentuk bumi dan kedudukan Antartika.
SEKARANG, MARI KITA GUNAKAN IMAGINASI DAN BAYANGKAN BAHAWA PETA TERSEBUT
SEBENARNYA ADALAH PETA HEMISFERA BUMI YANG KITA DUDUKI DENGAN BENUA ANTARTIKA
MERUPAKAN GARIS TENGAH / EQUATOR. HEMISFERA YANG SATU LAGI KEKAL MISTERI KERANA
TIADA PENGEMBARA YANG BERJAYA MELEPASI
BENUA ANTARTIKA UNTUK MENJELAJAH KE HEMISFERA YANG SATU LAGI. Sekarang kita ada
tiga kemungkinan. Hasil daripada lukisan peta dunia oleh penjelajah yang lepas,
peta yang dilukis tersebut boleh dilukis secara tepat dalam bentuk hemisfera,
rata, atau sfera dengan menggunakan ‘Azimuthal projection’ di mana skala yang digunakan mestilah sama
supaya peta tersebut dapat digunakan untuk navigasi oleh kapal terbang, kapal,
dan lain-lain.
Pada
penulis, terlampau banyak kelemahan yang terdapat pada teori bumi rata, yang
membuatkan sukar untuk penulis mengimani teori tersebut. Lakaran peta bumi rata
adalah sangat bersesuaian sekiranya peta tersebut merupakan peta hemisfera bumi
yang kita duduki. Penulis juga meragui kejujuran yang dilakarkan dalam peta
bumi sfera, kerana terdapat perbezaan yang begitu ketara antara Kutub Utara dan
Kutub Selatan. Bagaimanakah saiz Artik di Kutub Utara sangat kecil jika
dibandingkan dengan Antartika di Kutub Selatan? Umum mengetahui bahawa
kedua-dua kawasan tersebut adalah kawasan kutub, yang sepatutnya mempunyai
tekanan graviti, iklim, medan magnet yang hampir sama. Tetapi ini tidak
berlaku, sebaliknya Antartika merupakan benua terbesar di dunia, yang mempunyai
hidupan yang berlainan daripada Artik. Adalah lebih meyakinkan sekiranya
penulis menyatakan bahawa Artik merupakan kutub bumi, manakala Antartika adalah
‘equator’ bumi, kerana perbezaan yang ketara antara kedua-dua kawasan ini.
berdasarkan pemahaman kita yang dipelajari di sekolah, kedua-dua kawasan ini
sepatutnya mendapat liputan suhu matahari yang sama sepanjang tahun disebabkan
kedua-duanya adalah kutub bumi, walaupun bumi dikatakan berputar senget 23.50
di atas paksinya. Penulis akan huraikan dengan lebih lanjut tentang perkara
yang menyokong dakwaan tersebut. Setelah diamati hujah-hujah daripada teori
bumi rata dan teori bumi sfera, penulis membuat kesimpulan bahawa BUMI ADALAH BERBENTUK SFERA SECARA KESELURUHANNYA, TETAPI KITA HANYA MENGHUNI DAN MENGETAHUI SALAH
SATU DARIPADA HEMISFERA BUMI SAHAJA, MANAKALA SATU HEMISFERA LAGI MASIH MENJADI
MISTERI. KELUASAN ANTARTIKA DALAM PETA DUNIA YANG DIGUNA KINI MENGUATKAN LAGI KESESUAIAN
BAHAWA SEBENARNYA ANTARTIKA ADALAH GARIS TENGAH (EQUATOR) BUMI.
Rajah 3: peta Dunia zaman kini. Perhatikan perbezaan ketara antara saiz
Artik dan Antartika, sedangkan kedua-duanya adalah kutub bumi (dalam peta
tersebut), yang sepatutnya mempunyai keadaan fizikal yang hampir sama.
SUMBER RUJUKAN:
1-
Flatearthwiki – maklumat berkenaan flatearth
theory
http://www.n2yo.com/space-station/ streaming live from ISS
No comments:
Post a Comment