Berdasarkan
hujah saya di artikel sebelum ini, alam semesta ini beredar, ‘expanding’ dari titik asal
permulaannya. Apabila beredar, sudah pasti pergerakan bumi, matahari dan planet
lain bergerak ke hadapan secara senget / ‘tilted’ dalam sudut tertentu kerana
dipengaruhi oleh daya vektor peredaran alam semesta. Ini adalah satu fakta yang
sangat penting, kerana fakta ini seperti diselindungi oleh pihak tertentu.
Mengikut NASA, bumi bergerak dalam orbitnya mengelilingi matahari dalam keadaan
senget ‘tilted’ 23.50 pada paksinya. NASA mendakwa kejadian bumi
senget ini adalah kerana pada awal kejadian alam semesta, batu asteroid telah
melanggar bumi lalu menyebabkan bumi senget. Penulis merasakan penerangan ini
adalah kelakar dan tidak masuk akal! Seorang saintis Deanna Corners
(Environment Scientis who hold a Ph.D in Toxicology and M.S Environmental
Studies) dalam artikelnya ‘Why Earth has 4 Seasons’ bertarikh 20 September
2016, mengatakan bahawa bumi ini senget kerana apabila bumi berputar pada
paksinya, disebabkan kutub Utara mengandungi jisim ais yang berat, maka lama
kelamaan bumi akan senget. Analoginya adalah seperti sebiji bola dilekatkan gula-gula
getah di atasnya, dan dibiarkan berputar. Lama kelamaan bola itu akan senget
disebabkan berat gula-gula getah itu. Tetapi, bagaimana pula dengan kutub
selatan? Bukankah kutub selatan juga mengandungi jisim ais yang sepatutnya sama
seperti kutub Utara? Tambahan pula seperti yang diketahui jika Antartika adalah
di kutub Selatan, maka sudah pastilah jisim aisnya lebih besar daripada arktik,
manakan pula bahagian utara boleh menjadi senget? Sepatutnya bumi tidak senget
disebabkan kutub selatan berkali-kali ganda lebih berat daripada kutub utara,
yang menstabilkan pusat graviti bumi, lalu mengelakkannya daripada senget.
Jelas pandangan daripada saintis ini amat lemah untuk dibuktikan kebenarannya.
Rajah 1: Penerangan tentang mengapa bumi dikatakan senget 23.50 berbanding matahari. Sebenarnya, orbit bumi yang senget seiring dengan vector peredaran alam semesta. Kecondongan orbit juga terjadi kepada planet-planet lain, bintang-bintang, dan bulan kerana dipengaruhi oleh daya vektor yang menggerakkan alam ini.
Mengapakah
keadaan di atas terjadi, kerana seperti yang dinyatakan sebelum ini, tarikan
graviti dari pusat permulaan ‘big bang’ menjadi semakin lemah apabila jarak
objek semakin jauh, seperti yang telah dirumuskan oleh Sir Isaac Newton,
‘gravity is inversely proportional to the distance’. Oleh kerana itu alam semesta
ini semakin mengembang seperti bentuk trumpet (lebih tepat). Pergerakan objek
juga semakin laju apabila menjauhi pusat permulaan. Jadi tidak logiklah jika
objek-objek di alam semesta ini bergerak dalam keadaan linear atau orbitnya
lurus 1800, kerana vector dalam peredaran alam ini adalah senget
semakin mengembang.
Jadi,
apakah kepentingan kepada teori ini? Perhatikan betul-betul gambarajah di
bawah:
Rajah 2: gambaran menunjukkan keadaan musim panas dan musim
sejuk di Artik dan Antartika (equator) disebabkan orbit bumi condong 23.50
menghadap matahari.
ayat dalam text box:
Pada
bulan Jun, Kutub Utara mengalami musim panas (summer solstice), dan mengalami
24jam siang sepanjang musim panas. Manakala Antarktika mengalami musim sejuk dan 24jam malam selama lebih
kurang 2 minggu.
Pada
bulan Disember, Kutub Utara mengalami musim sejuk (winter solstice), dan
mengalami 24jam malam selama 3 bulan. Manakala Antarktika mengalami musim panas dan 24jam siang selama lebih
kurang 2 minggu
Equinox. Tempoh siang dan malam adalah sama untuk semua
tempat di hemisfera kita
Penulis telah pun melakukan
eksperimen dengan menggunakan bola sebagai bumi, dan lampu mentol sebagai
matahari. Disebabkan orbit bumi yang condong 23.50, kejadian 4 musim
dapat dibandingkan dengan realiti, dan adalah tepat dari segi anggaran tempoh
malam dan siang, jika Antartika adalah garis tengah bumi (equator). Jelas
bahawa hujah yang dikemukakan oleh penulis adalah lebih logik dan diterima
berserta eksperimen dalam menerangkan kejadian 4 musim, dengan berpaksikan bahawa orbit bumi
mengelilingi matahari adalah condong 23.50 seiring dengan vektor
pergerakan alam semesta. Daripada penerangan ini, Antarktika wajib berada di
garis tengah (equator) bumi.
Sumber rujukan tempoh malam dan siang di Arktik adalah www.pmel.moaa.gov, manakala rujukan tempoh malam dan siang Antarktika adalah www.antarctica.gov.au.
No comments:
Post a Comment