Manusia
secara fitrahnya diselubungi oleh perasaan ingin tahu, yang mendorong manusia
menjelajah ke serata pelosok dunia untuk merungkai misteri-misteri alam yang
dipinjamkan ini. Dua kawasan yang paling jarang dijelajahi manusia adalah
kawasan Kutub Utara atau Arctic dan juga benua Antarctika. Di dalam era yang
moden ini, penjelajahan ke dua hujung dunia ini didahului oleh pihak Amerika
Syarikat yang mempunyai teknologi ketenteraan yang canggih. Sejurus selepas
perang dunia kedua berakhir, pihak Amerika telah mendahului negara-negara lain
dalam misi penjelajahan ke Arctic dan Antarctica. Berdasarkan artikel “The United States Navy Antarctic
Development Project 1945 – 1947” dilaporkan oleh RADM Richard E. Byrd (USN
Ret.) - Officer in Charge TASK FORCE 68 dan RADM Richard H. Cruzen, USN,
Commander TASK FORCE 68. Pada tahun 1945 – 1946, pihak tentera Amerika
telah melancarkan dua operasi penjelajahan ke Kutub Utara, dinamakan ‘Operation
Frostbite’ dan ‘Operation Nanook – May 1946’. Tujuan penjelajahan ini adalah
untuk memahami muka bumi Kutub Utara, memetakan kawasan tersebut, melatih
survival pasukan tentera untuk hidup dalam keadaan iklim yang ekstrim, meletakkan
markas ketenteraan Amerika di kawasan Kutub Utara, dan tujuan-tujuan yang lain.
Berdasarkan rekod pengembaraan mereka, operasi ini dihentikan sebelum mencapai
TITIK PALING UTARA di kawasan Arctic. Alasan yang dinyatakan dalam artikel tersebut
adalah kerana mereka memikirkan bahawa keadaan iklim di bahagian yang lebih
utara di Arctik adalah tidak terlalu ekstrim untuk latihan ketenteraan. Adakah
benar kenyataan tersebut? Seperti yang diketahui bahagian paling Utara Arctik
adalah bahagian yang paling ekstrim iklimnya di bahagian Kutub Utara, dan
hamper tiada hidupan yang mendiami kawasan tersebut. Pada penulis,kenyataan
tersebut menimbulkan keraguan, kerana seolah-olah pihak tentera laut Amerika
dengan mudah menghentikan pengembaraan mereka di Arctik tanpa alasan yang
munasabah. Kenyataan tersebut menimbulkan persoalan adakah mereka membatalkan
misi tersebut disebabkan oleh keadaan yang terlampau ekstrim yang mustahil
untuk dilalui oleh manusia? Seperti penerangan penulis sebelum ini bahawa
kawasan paling utara di Arctik adalah kawasan yang paling kuat medan magnetiknya
sehingga menyebabkan navigasi di kawasan tersebut adalah mustahil dan sangat
berbahaya. Oleh itu, mereka membatalkan penjelajahan tersebut, yang tidak
mengambil masa begitu lama, kerana saiz Arctic yang tidaklah begitu besar.
Pada
Disember 1946, pihak Tentera Laut Amerika telah melancarkan operasi
besar-besaran untuk menjelahi Benua Antartika,iaitu ‘Operation High Jump’
diketuai oleh Admiral Richard E. Byrd. Operasi tersebut telah dijalankan dengan
beberapa syarat. Pertama, mereka tidak membenarkan penglibatan pemerhati asing
dari negara-negara lain. Kedua, operasi tersebut juga tidak melibatkan
pengaturan hubungan diplomatic Amerika dengan negara lain. Ini bermaksud,
negara lain tidak boleh terlibat dalam operasi tersebut untuk kepentingan masing-masing.
Sebelum operasi tersebut dijalankan Antartika telah menjadi rebutan beberapa
buah negara iaitu British, France, Norway, Chile, Argentina, Australia, dan New
Zealand. Disebabkan tekanan politik oleh negara-negara tersebut, operasi
HighJump hampir dibatalkan oleh presiden Amerika pada ketika itu, Hary Truman. Syarat
yang ketiga ialah kebanyakan tentera yang telah menyertai operasi-operasi di
Kutub Utara tidak dibenarkan menyertai Operasi HighJump. Mengapa? Adakah akan
lebih berkesan sekiranya sekumpulan askar yang telah mempunyai pengalaman di
Kutub Utara untuk menjalankan misi ke Antartika? Bukankah mereka berkata bahawa
keadaan di Artik tidak terlampau ekstrim untuk melatih tentera? Jadi lebih baik
askar-askar tersebut dibawa pula ke Antartika untuk berlatih di Antartika.
Pelik bukan? Pada pandangan penulis, pihak atasan Amerika ingin menyembunyikan
sesuatu, oleh itu mereka tidak membenarkan askar yang telah hidup di kawasan
kutub Utara untuk ke Antartika kerana Antartika bukanlah sebuah kutub, tetapi
merupakan garis tengah / ‘equator’ bumi! Sudah pasti keadaan berbeza antara dua
tempat tersebut, sedangkan jika kedua-dua adalah kawasan kutub, sudah pasti
tidak banyak perbezaan antara Artic dan Antartika.
Tujuan
penjelajahan Antartika yang dinyatakan dalam artikel tersebut ialah untuk
meletakkan markas tentera Amerika, kajian saintifik (‘aerological measurement – synoptical observation, radar meteorology,
intensity of solar radiation), ‘terrestrial
magnetic observation’, ‘aerial geological studies (prospecting for atomic
energy source materials), cosmic study’.
Kekuatan
ketenteraan yang dihantar untuk menjayakan operasi ini jauh lebih besar
daripada operasi di Arctic. Ini satu lagi perkara yang menimbulkan persoalan
kepad penulis. Pihak atasan tentera Amerika telah mengerahkan 13 kapal perang,
4700 orang tentera yang belum menyertai operasi di Kutub utara sebelum ini, dan
29 pesawat penerbangan. Mengapakah begitu besar armada yang dikerahkan untuk
penjelajahan di Antartika? Sudah pasti adalah kerana Antartika adalah ‘equator’
bumi yang mempunyai keluasan paling luas, merangkumi lilitan garis tengah bumi.
Disebabkan saiz Antartika yang sangat besar, pasukan ini telah dibahagikan
kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan Timur, Tengah, dan Barat. Setiap kumpulan
akan menjelajah sebahagian daripada Antartika seperti yang telah ditetapkan,
dan penemuan mereka akan digabungkan untuk dijadikan laporan lengkap. Pelik
bukan, jika antartika adalah kutub selatan bumi seperti Artik yang merupakan
Kutub utara bumi, sudah pasti keadaan iklim dan keluasan kedua-dua kawasan ini
adalah hampir sama. Tetapi seperti yang kita tahu Antartika adalah benua
terbesar di dunia. Adalah lebih logik sekiranya kawasan yang terbesar di bumi
adalah garis tengah bumi (equator), bukan di kutub. Penjelajahan mereka di
Antartika adalah hanya sepanjang pinggiran benua tersebut, bukanlah sehingga ke
bahagian paling dalam benua tersebut, kerana terdapat beberapa keganjilan yang
akan diterangkan kemudian.
Daripada
laporan yang ditulis dalam artikel tersebut, beberapa penemuan yang pelik telah
direkodkan. Berdasarkan laporan oleh juruterbang William Kearns, beliau
mengatakan bahawa sistem navigasi tradisional tidak boleh digunapakai untuk
penerbangan di Antartika. Mereka juga mengatakan bahawa penerbangan di
Antartika adalah sangat berbahaya. Tambahan pula jika ingin mencapai objektif
pemetaan Antartika, sesebuah kapal terbang perlulah dilengkapi dengan
kelengakapan fotografi yang sangat banyak, dan bekalan minyak yang berlebihan,
kerana Antartika adalah begitu besar, cuaca tidak menentu menyebabkan setiap
penerbangan yang dilancarkan untuk misi tersebut jarang untuk berjaya. Cuma
penerbangan kumpula Barat yang berjaya memetakan sebahagian daripada bahagian
Antartika yang telah ditetapkan.
Kumpulan Barat juga telah menemui satu penemuan yang menarik iaitu, sebuah
oasis yang mempunyai sedikit tumbuhan yang dinamakan Bunger’s Oasis. Tiada
langsung gunung di kawasan pinggiran Antartika. Pada 12 Feb 1947, misi
penerbangan yang telah dijalankan oleh WR Krietzer dan F.L Reinbolt ke kawasan
yang lebih dalam di Antartika telah menemukan tembok ais yang sangat tinggi,
kira-kira 300 batu dari pinggir Antartika. Ketinggian dinding ais tersebut
lebih kurang 2 batu, berbentuk Kristal ais berwarna biru jernih. Mereka
meneruskan perjalan jauh ke Selatan, namun kemudian berpatah balik kerana kapal
terbang mereka tiba-tiba tidak stabil dan mengalami masalah teknikal. Mereka
menerangkan keadaan yang mereka lihat sebagai landskap bagi sebuah planet yang
lain daripada bumi.
Di
bahagian Timur Antartika, kumpulan Timur membuat beberapa percubaan penerbangan
untuk misi pemetaan, tetapi gagal. Pada 29 Dis 1946, kapal terbang George One
yang sedang menjalankan misi, telah mengalami kerosakan dan meletup di udara.
Tragedi tersebut mengorbankan nyawa beberapa tentera yang terlibat, dan
diingati sebagai ‘Antartic Mayday’. Daripada rekod yang dilaporkan dalam
artikel tersebut, bolehlah dirumuskan bahawa Antartika merupakan sebuah benua
yang sangat besar, mungkin ia adalah ‘equator’ bumi. Antartika juga
mempunyai medan magnet yang sangat kuat sehingga menyebabkan penerbangan adalah
mustahil. Jadi, kita sehingga kini berada di dalam kubah atmosfera hemisfera
bumi, dan tidak pernah berjaya untuk merentasi Antartika untuk ke hemisfera
yang satu lagi, atau pun untuk ke angkasa lepas dengan melepasi lapisan
atmosfera bumi yang diselaputi oleh ‘Van Allen radiation belt’.
Berbalik
kepada Admiral Richard E. Byrd, beliau merupaka tokoh penting dalam
penjelajahan Antartika. Beliau dikurniakan Medal of Honor yang merupakan
penganugerahan tertinggi tentera AS. Beliau dicatatkan sebagai penerbang
pertama yang terbang di kutub Utara (Artik) dan Kutub Selatan (Antartika).
Penjelajahan pertama beliau ke Antartika adalah pada tahun 1928 – 1930 dengan 2
kapal laut dan 3 pesawat udara. Kemudian, beliau kembali ke Antartika pada 1934
secara bersendirian selama 5 bulan. Penjelajahan yang ketiga adalah pada tahun
1939-1940, diarahkan oleh pemerintah AS. Operation Highjump adalah ekspedisi
terbesar manusia ke Antartika. Dalam dokumentasi operasi tersebut, telah
disebutkan bahawa, pasukan tersebut berjaya menemui wilayah di Antartika yang
tidak diliputi ais (Bunger’s Oasis). Dalam wawancara Admiral Byrd di Harian
Chile 1947, beliau mengeluarkan satu penyataan yang sangat mengejutkan. Beliau
menyatakan bahawa “Amerika perlu melakukan tindakan defensive terhadap serangan
musuh yang datang dari kutub Selatan”. Musuh yang manakah yang dikatakan oeh
Byrd? Berdasarkan teori penulis, kumpulan penjelajahan dalam operasi Highjump
mungkin telah terlihat hemisfera bumi yang satu lagi, tetapi tidak boleh
terbang menembusi Antartika disebabkan oleh daya magnetik yang kuat. Adm Byrd
juga menyatakan bahawa ada wilayah sebesar Amerika yang belum pernah dilihat
oleh orang lain, yang terletak selepas daripada Antartika! Ekspedisi ke 5 Byrd,
dilakukan pada 1956-1957 dikenali sebagai Operation Deep Freeze, bertujuan
untuk membangunkan 3 pengkalan tentera di Antartika. Persoalannya musuh yang
manakah yang ditakuti oleh pemerintah dunia ini sehingga meletakkan tiga
pengkalan tentera di Antartika, tidak seperti di Artik? Sudah pasti ia
dibangunkan sebagai langkah keselamatan daripada ancaman yang berasal dari
hemisfera satu lagi di sebalik Antartika yang merupakan ‘equator’ bumi!
Mungkinkah portal ke Hemisfera sebelah terletak di Bunger's Oasis, atau Segitiga Bermuda? entahlah...semuanya adalah kemungkinan
sumber rujukan:
1-
artikel “The United States Navy Antarctic
Development Project 1945 – 1947” dilaporkan oleh RADM Richard E. Byrd (USN
Ret.) - Officer in Charge TASK FORCE 68 dan RADM Richard H. Cruzen, USN,
Commander TASK FORCE 68
No comments:
Post a Comment