Planet bumi yang kita diami ini mempunyai daya magnetik, yang
mengalir melalui logam yang tertanam kukuh di dalam isi bumi. Logam merupakan
satu elemen penting untuk penghasilan daya magnetik.
Bumi
diketahui mengandungi pebagai jenis logam seperti Kuprum, Aluminium, Zink,
Ferum, dan sebagainya. Disebabkan kewujudan logam ini, bumi merupakan satu
objek yang ideal untuk penghasilan daya magnet. Magnet mempunyai dua kutub yang
berlainan daya, dinamakan kutub utara dan kutub selatan. Kutub utara akan
menarik kutub selatan, manakala dua kutub yang sama akan menolak sesama sendiri
jika didekatkan. Jarum kompas ‘North’ sentiasa menunjukkan ke arah Arctic
(Kutub Utara) yang merupakan kutub selatan dalam daya magnetik bumi. Namun,
pernahkah kita terfikir,bagaimana magnet ini boleh terhasil? Adakah bumi ini
secara semula jadi mempunyai magnet? Jika dilihat daripada
eksperimen-eksperimen yang telah dilakukan, sebatang rod besi boleh dijadikan
magnet dengan melilitkannya dengan dawai Kuprum yang dialirkan elektrik.
Disebabkan aliran elektrik yang mengelilingi rod besi tersebut, rod besi itu
mempunyai medan magnet. Bagaimana pula dengan bumi? Inferens penulis adalah,
bumi mempunyai medan magnet hasil daripada putaran bumi pada paksinya. Disebabkan
putaran ini, terdapat perbezaan tekanan (pressure) antara kawasan kutub dan
kawasan tengh-tengah bumi yang berbentuk sfera. Berdasarkan ‘prinsip Bernoulli’
menyatakan bahawa apabila kelajuan meningkat, tekanan (pressure) pada kawasan
tersebut akan berkurangan. Ini merupakan prinsip asas kepada ‘aerodynamicity’
yang digunakan dalam perlumbaan kereta, basikal, dan kapal terbang. Bumi
berbentuk sfera, dan melengkapkan putaran di atas paksinya dalam tempoh 24 jam.
Jadi, kelajuan pada garis tengah bumi adalah jauh lebih laju berbanding
kelajuan permukaan pada kutub utara dan kutub selatan bumi. Perbezaan ini
menjadikan tekanan pada kutub Utara dan Selatan jauh lebih tinggi berbanding
garis tengah bumi (equator). Oleh itu daya magnetik terhasil dengan pergerakan daya
dari kutub bumi menghala ke equator. Dalam melabelkan medan magnet, bolehlah
dikatakan bahawa Antartika adalah kutub Utara medan magnet, manakala Arctic
adalah Kutub Selatan medan magnet, begitu juga Kutub Selatan Bumi merupakan
kutub selatan medan magnet. Penerangan seperti gambarajah di bawah:
Rajah
1: pergerakan daya megnet dari kawasan bertekanan tinggi (kutub-kutub) ke kawasan
bertekanan rendah Antartika (equator) disebabkan putaran bumi pada paksinya.
Disebabkan Arctic dan Antartika
merupakan kutub medan magnet, jadi, kedua-dua kawasan ini mempunyai daya magnet
yang paling tinggi di mana zarah-zarah wujud dalam bentuk pepejal (ais) seperti
kita menaburkan serbuk besi pada medan magnet, serbuk besi itu akan mampat pada
kutub utara dan kutub selatan medan magnet itu. Begitulah penerangan mengapa
atmosfera bumi yang mengandungi air, wujud sebagai pepejal (ais) pada bahagian
Arctic dan Antarctika.
Apakah kepentingan penerangan ini?
Melalui teori ini, disimpulkan bahawa medan magnet pada kawasan Arctik dan
Antarctika (dua polar pada medan magnet) mempunyai daya magnetic yang
terlampaun kuat, sehingga penerbangan dan navigasi pada kawasan ini adalah
mustahil. Diterangkan dalam ‘Operation Highjump’ yang dilakukan oleh AS selepas
Perang Dunia ke 2 bahawa ia adalah mustahil bagi mengendalikan kapal terbang di
kawasan Antartika kerana radar menjadi ‘gila’. Operasi itu adalah satu-satunya
misi ketenteraan besar-besaran yang paling jauh menjelajah benua Antartika.
Perincian mengenai operasi tersebut akan dibahaskan kemudian.
Rajah 2: gambaran medan magnet bumi. Medan magnet ini membentuk satu
kawasan medan yang berbentuk kubah yang meliputi setiap hemisfera bumi.
Rajah 3: gambaran medan magnet bumi dan sekitarnya. Adakah anda percaya
Apollo 11 berjaya ke bulan? (sumber gambar daripada NASA)
Rajah 4: gambaran medan magnet bumi. Sumber gambar NASA
Rajah 5: Garisan iklim pada Hemisfera bumi yang kita duduki sekarang. Disebabkan
orbit bumi condong 23.50 , maka kawasan yang paling banyak menerima
matahari sepanjang tahun adalah kawasan Khatulistiwa seperti digambarkan dalam artikel sebelum ini.
Kesimpulannya adalah tidak logik sekiranya Khatulistiwa (termasuk Malaysia) merupakan garis tengah bumi, kerana garis tengah bumi adalah kawasan yang paling laju dalam putaran bumi pada paksinya, lalu menjadikannya kawasan yang mempunyai tekanan yang paling rendah (prinsip Bernoulli). Perbezaan tekanan antara dua kutub (tekanan paling tinggi) dengan garis tengah bumi mewujudkan medan magnet bumi. Kedua-dua kutub utara dan selatan bumi merupakan bahagian Selatan medan magnet, manakala garis tengah bumi (equator) merupakan kutub Utara medan magnet seperti lakaran penulis di atas. Kewujudan bongkah ais, keadaan cuaca yang eksterim, dan keadaan medan magnet yang membuatkan semua penerbangan adalah mustahil di kawasan paling hujung Arctic dan Antartika membuktikan bahawa kedua-dua tempat ini adalah medan magnet bumi. Khatulistiwa yang mempunyai iklim paling stabil, dan paling kaya dengan sumber kehidupan merupakan kawasan di tengah-tengah hemisfera bumi yang menerima paling banyak sinaran matahari dalam keadaan orbit bumi yang condong 23.50
sumber:
- - NASA
official website
- Wikipedia
– Saros cycle, HANE, solar eclipse, expansion of the universe theory, big bang
theory, bernoulli’s principle, Newtons Law, Hubble’s Law, Einstein relativity
theory
No comments:
Post a Comment