Setelah
mempelajari bahawa alam semesta ini sedang beredar dengan kelajuan yang semakin
laju daripada satu titik pemampatan, mari kita berfikir dengan lebih mendalam.
Bayangkan sebuah belon, yang disi dengan air. Sekarang isikan lebih air ke
dalam belon tersebut sehingga meletup. Kita akan mendapati bahawa air yang
terpancut daripada letupan belon itu akan bergerak laju pada mulanya, tetapi
kemudian, bergerak semakin perlahan dan jatuh ke muka bumi, ditarik oleh
graviti. Bagaimana pula alam semesta ini semakin beredar, dan telah
diperhatikan beredar dalam kelajuan yang semakin meningkat selepas dari
kejadian Fatq-Al-Ratq? Tidakkah sepatutnya alam semesta dan segala isinya akan
bergerak semakin perlahan dan jatuh secara ‘free fall’ apabila semakin menjauhi
titik permulaannya? Saintis mengatakan titik permulaan Big Bang mengandungi
tarikan graviti yang sangat kuat, dan menyebabkan alam semesta tetap beredar.
Tetapi, secara logiknya, apabila menjauhi titik graviti tersebut, tarikan
graviti menjadi semakin lemah, seperti yang dibuktikan oleh Sir Isaac Newton,
bahawa tarikan graviti semakin lemah apabila suatu objek berada semakin jauh
daripada punca graviti tersebut (gravity is inversely proportional to
distance). Sepatutnya, alam semesta ini beredar dengan semakin perlahan dan
jatuh secara ‘free fall’ atau berselerak, akibat tarikan gravity yang semakin
lemah daripada titik permulaan ‘big bang’ (digelar ‘black hole’). Tetapi
keadaan ini tidak terjadi, sebaliknya alam semesta bergerak semakin laju
menjauhi titik permulaan.
Penulis
membuat inferens bahawa alam semesta ini bergerak dalam bentuk spiral, seperti
pergerakan taufan, atau seperti pergerakan air yang dikacau di dalam sebuah
cawan. Jika kita letakkan satu objek kecil yang terapung ke dalam cawan yang
dipenuhi air, dan mengacaunya, boleh dilihat bahawa objek itu begerak semakin
menjauhi pusat graviti di dalam cawan tersebut. Semakin jauh objek itu bergerak
dalam bentuk gelombang spiral, semakin laju ia bergerak. Penerangan ini boleh
menyokong pemerhatian bahawa alam semesta bergerak semakin laju dalam
peredarannya. Jadi
geometri asas kepada pergerakan alam semesta ini adalah bentuk spiral.
Manakala daya yang mempengaruhi pergerakan objek dalam alam semesta ini adalah daya tarikan
graviti dari titik asal, daya graviti setiap planet dan bintang yang
menarik objek di dalam medan magnet atau atmosfera masing-masing, daya elektromagnetik yang mengekalkan jarak antara
setiap objek di alam semesta seperti jarak bumi mengelilingi matahari, jarak
bulan mengelilingi bumi, dan kelajuan cahaya yang merupakan
pengerak constant kepada alam semesta yang juga menggerakkan kita merentasi
masa.
Kelajuan
cahaya adalah 3 x 10^8m/s. Jadi, alam ini bergerak dalam kelajuan cahaya yang
konstan, yang menyebabkan terjadinya masa. Setelah kejadian alam semesta, kita
hidup dalam dimensi ruang dan masa. Ruang menghasilkan dunia 3 dimensi,
manakala masa menjadikan kehidupan terus berjalan ke hadapan, mengikut
ketentuan Allah.
Rajah 1 :
gambaran 2D peredaran alam semesta. Semakin jauh dari titik ‘big bang’, semakin
laju alam semesta beredar.
Kelajuan
cahaya adalah tetap/constant, jadi mengapakah alam semesta bergerak semakin laju
menjauhi titik permulaan? Ini adalah kerana daya tarikan graviti yang semakin
lemah dari titik permulaan terhadap sesuatu objek apabila objek itu bergerak
semakin jauh. Dalam bentuk ‘funnel’ di atas, pergerakan 3D objek di dalam alam
semesta ini adalah dalam bentuk spiral / scroll / seperti taufan.
Berdasarkan
cerapan anjakan merah (red shift) hukum Hubble tentang jarak galaksi menurut
model Friedmann-Lemaitre bagi kerelatifan am, teori ini menjelaskan bahawa
ruangan galaksi semakin mengembang, bertambah besar, dan material di dalamnya
menjadi semakin menjauh. Penerangan kepada pemerhatian ini adalah seperti yang
dipetik daripada laman web www.karangkraf.com
, daripada kumpulan media karangkraf, dalam artikel bertajuk Pabila Sains
Membuktikan Kiamat:
“pada tahun 1927, George Lemaitre
menerbitkan persamaan Friedmann-Lemaitre-Robertson-Walker daripada persamaan
Albert Einstein tentang kerelatifan amdan mencadngkan kepada asas bagi runtuhan
nebula berpusar, bahawa alam semesta bermula daripada letupan ‘atom awal’ dan
kemudiannya dikenali sebagai letupan besar. Fred Hoyle adalah orang yang
bertanggungjawab mencetuskan istilah Big Bang pada 28 Mac 1949 melalui
rancangan BBC Third Programme. Pada tahun 1929 di Observatorium Mount Wilson
California, Edwin Hubble iaitu seorang ahli astronomi Amerika menghasilkan
salah satu penemuan terbesar dalam sejarah astronomi. Beliau menyediakan asas
pemerhatian tentang teori Lemaitre. Beliau menjumpai secara relative kepada
bumi bahawa galaksi bergerak di setiap arah pada kelajuan yang berkadar
langsung dengan jaraknya dari bumi (semakin jauh, semakin laju). Fakta ini
dikenali sebagai Hukum Hublle (Hubble’s Law). Hasil cerapan beliau terhadapa
bintang-bintang menggunakan teleskop mendapati bahawa bintang-bintang tersebut
memancarkan cahaya berwarna merah (red shift). Menurut hukum fizik, spektrum
daripada sumber cahaya yang sedang bergerak mendekati pemerhati adalah berwarna
ungu, sedangkan yang menjauhi pemerhati pula adalah berwarna merah. Hasil
dapatan Hubble mendapati bahawa cahaya dari bintang-bintang tersebut lebih
cenderung kepada warna merah. Ini bereri bahawa bintang-bintang tersebut terus
menerus bergerak menjauhi bumi. Selain itu, kajian Hubble juga mendapati bahawa
bintang dan galaksi lain juga turut bergerak menjauhi satu sama lain. Ini
sekali lagi membuktikan bahawa alam semesta ini terus menerus mengembang. Ia
diumpamakan seperti permukaan belon yang bergerak menjauhi satu sama lain
ketika belon membersar. Begitulah juga keadaan di ruang angkasa yang akan bergerak menjauhi satu sama lain
ketika alam semesta ini terus menerus berkembang…..Teori Big Bang menjelaskan
bahawa semua benda di alam semsta pada walanya wujud dalam satu titik yang
padat. Kemudian ia mengembang hasil daripada letupan dahsyat melalui satu titik
tunggal dan membentuk alam semesta. Letupan tersebut menghasilkan alam yang
cukup teratur dan tersusun. Dalam erti kata mudahmenjelaskan bahawa alam
semesta ini telah diciptakan oleh Yang Maha kuasa……” -
Di
dalam kitab Al –Quran, terdapat banyak ayat yang menyatakan bahawa bumi ini
sebuah hamparan. Umum menafsirkan ayat ini sebagai ayat yang menyatakan bahawa
bumi ini rata seperti sebuah hamparan. Ketahuilah sebenarnya terdapat beberapa
tahap tafsir kepada ayat-ayat alQuran, bergantung kepada tahap penerimaan
masyarakat pada suatu masa dan zaman. Contoh ayat-ayat al Quran mengenai bumi
ini sebuah hamparan:
“Dan
Kami telah menghamparkan bumi…” surah AlHijr: 19
“
Dialah yang telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan bagimu” ..surah
AlBaqarah : 22
“Dan
kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung ganang yang kukuh dan
Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata”.. surah
Qaf : 7
Ayat-ayat
alQuran di atas digunakan sebagai hujah oleh pendukung teori bumi rata.
Ketahuilah bahawa alQuran merupakan mukizat Nabi Muhammad yang kekal sehingga
kiamat. Segala ayat yang terkandung di dalam AlQuran adalah relevan kepada
semua umat manusia, dari zaman ribuan tahun dahulu, sehingga zaman kini. Pada
zaman kini, di mana terdapat teknologi yang membolehkan manusia mengkaji ilmu
astronomi melalui teleskop Hubble, para saintis telah menemukan bahawa alam
semesta ini sebenarnya sedang mengembang atau sedang beredar. Cuba perhatikan
betul-betul kenyataan bahawa bumi ini DIHAMPARKAN, tidakkah sesuatu yang sedang
dihamparkan beredar mengikut arah hamparan? Ya, tafsirannya bertepatan dengan
dunia ini sedang di dalam hamparan, sedang beredar mengembang mengikut daya
hamparan. Analoginya adalah seperti sebuah karpet yang digulung, dan
kemudiannya dihamparkan, begitulah juga dengan alam ini yang sedang dihamparkan,
yang baru dibuktikan oleh penemuan ahli astronomi. Dan satu hari nanti, apabila
hamparan ini mencapai tahap maksimum, pada hari kiamat, alam ini akan digulung
kembali! Seperti difirmankan di dalam alQuran:
“Ingatlah,
hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan
sebagaimana Kami memulakan wujudnya suatu kejadian. Kami ulangi wujudnya lagi
sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami. Sesungguhnya, Kami tetap
melaksanakannya”. Surah alAnbiya’ : 104.
“Apabila
matahari digulungkan dan apabila bintang-bintang berjatuhan dan apabila
unta-unta yang bunting ditinggalkan..” Surah atTakwir, ayat 1
Hadis
Nabi Muhammad “ Bumi akan dilipat seperti roti pada hari kiamat dan Allah akan
menggenggam rotimu yang kau siapkan untuk bekal dalam perjalanan…” Riwayat Al
–Imam Bukhari..
Sumber rujukan:
1-
Kitab alQuran dan terjemahannya
1-
Artikel oleh Dr Hosny Hemdan Hamama yang
bertajuk “First Priciple: Fatq-Al-Ratq vs big bang”
2-
www.karangkraf.com
- kumpulan media karangkraf, dalam artikel bertajuk Pabila Sains Membuktikan
Kiamat
No comments:
Post a Comment