Rajah 1: Gambaran kedudukan bumi, matahari, bintang Polaris. Bumi sentiasa menghadap
ke arah Polaris
Semua
objek dalam alam semesta bergerak dalam geometri spiral, menjauhi titik asal
‘big bang’. Bintang-bintang termasuk matahari juga bergerak dalam geometri yang
sama. Oleh itu, bolehlah dianggarkan bahawa polaris merupakan bintang yang
berada paling tengah dalam pusingan semesta. Oleh itu, ia akan sentiasa
kelihatan di arah Utara. Apabila bumi bergerak dalam orbitnya mengelilingi
matahari yang juga bergerak dalam orbitnya, zodiac yang jaraknya lebih dekat
akan muncul pada tempoh yang berlainan sepanjang tahun sejajar dengan
pergerakan bumi, matahari dan bintang- bintang tersebut.
Mari
kita meneliti sejarah. Sekitar tahun 1600an, terjadi perdebatan besar antara
dua golongan ilmuwan yang memperjuangkan ideology yang berbeza tentang alam
semesta. Golongan pertama adalah golongan yang memperjuangkan teori bahawa bumi
adalah pusat alam semesta dan objek yang lain beredar mengelilingi bumi,
digelar sebagai teori ‘Geocentric’. Golongan ini berpegang kepada ‘Aristotelian
Physics’ dan mereka adalah ahli dalam ‘Theological Advisory Comittee’.(sumber http://muse.tau.ac.il/~vrmus.) Mereka
berpegang kepada falsafah Aristotle bahawa bumi ini adalah pusat alam semesta.
Manakala golongan satu lagi adalah golongan yang memperjuangkan teori
‘Heliocentric’ yang mengatakan bahawa bumi beredar mengelilingi matahari,
digelar juga sebagai golongan ‘Copernican’. Galileo adalah antara saintis yang
memperjuangkan teori ‘Heliocentric’ ini. Pelbagai hujah telah diutarakan, yang
akhirnya membawa kepada keputusan pada waktu itu yang menolak teori
Heliocentric. Dalam satu perdebatan, Galileo gagal membuktikan bahawa pergerakan
bumi mengelilingi matahari akan menunjukkan fenomena ‘Parallax’. Mengikut
‘Copernican ‘, secara teorinya, perbezaan antara musim panas dan musim sejuk
menggambarkan diameter orbit bumi. Jadi jika satu bintang yang tetap dicerap dari
bumi, sepatutnya, bintang itu dilihat dari sudut yang bertentangan pada musim
sejuk dan musim panas. Contohnya,pada musim panas (katakan bulan Jun), bintang
X dilihat melalui teleskop dari satu tempatakan memberi sudut 450..
Secara teorinya, jika bumi mengelilingi matahari, pada kedudukan bumi
bertentangan dengan cerapan yang pertama tadi pada musim sejuk (bulan Dec),
bintang itu sepatutnya dilihat pada sudut 1350 dari tempat yang
sama. Tetapi, pemerhatian ini gagal dibuktikan oleh Galileo. Fenomena ‘Parallax’
gagal dibuktikan. Lalu Galileo dijatuhi hukuman oleh pihak gereja yang berkuasa
pada ketika itu. Namun, dalam abad ke 19, fenomena ‘parallax’ diperhatikan pada
tahun 1838, 300 selepas perdebatan Galileo, tetapi sudut perbezaannya adalah
sangat kecil berbanding apa yang dijangkakan (tidak bertentangan) yang juga
tidak membuktikan teori ‘parallax’ yang dicadangkan oleh Galileo.
Rajah 2: pergerakan bumi pada orbit, berbanding dengan bintang tetap
Rajah 3: sudut pandangan yang dianggarkan oleh Galelio pada bulan Jun dan Dis
Rajah 2 dan rajah 3 menerangkan fenomena ‘parallax’ yang dijangkakan terjadi kerana
bumi mengorbit matahari dalam tempoh 365 hari. Namun, apa yang dijangkakan oleh
Galileo seperti di atas tidak terjadi. Sebaliknya dengan kemajuan teknologi
teleskop yang lebih canggih, ahli astronomi dapat melihat perubahan sudut
pandangan pada satu bintang pada ketika bumi berada pada diameter yang
bertentangan. Namun, perubahan sudut ini hanyalah kecil, tidak seperti jangkaan
Galelio yang mengatakan bahawa bintang tersebut akan dilihat pada sudut yang
bertentangan dalam masa 6 bulan. Mengapakah kegagalan teori ini terjadi?
Jawapan penulis adalah kerana bintang tersebut, bersama matahari dan bumi turut
beredar dalam bentuk spiral (dalam orbit masing-masing) menjauhi titik asal,
seperti penerangan gambar di bawah:
Bintang yang diperhatikan dari bumi turut bergerak dalam
orbitnya dalam kelajuan yang hampir sama dengan peredaran matahari pada
orbitnya. Disebabkan itu, fenomena parallex tidak dapat diperhatikan, namun
perubahan sudut pandangan mungkin dicatatkan seperti penerangan rajah 4.
Rajah 4: Penerangan mengapa ‘parallax tidak diperhatikan disebabkan bintang tersebut
turut sama beredar dalam orbitnya sendiri. Fenomena ‘parallax’ seperti yang
dicadangkan Galileo hanya boleh berlaku sekiranya bintang itu statik pada satu
kedudukan sahaja.
Melalui hujah-hujah di atas, disimpulkan bahawa alam semesta termasuk bumi, matahari, bulan dan lain-lain beredar dalam bentuk 'funnel' sejajar dengan pengembangan alam semesta semenjak saat pertama 'big bang' berlaku. Pergerakan isi kandungan alam semesta ini adalah selari pada kelajuan cahaya (constant) yang mampu menerangkan fenomena 'parallax' , penjadualan zodiak, penetapan polaris, dan menyumbang kepada ilmu pelayaran Melayu yang berpandukan kepada bintang-bintang di langit untuk menjangkakan musim-musim.
sumber rujukan:
wikipedia
– Saros cycle, HANE, solar eclipse, expansion of the universe theory, big bang
theory, bernoulli’s principle, Newtons Law, Hubble’s Law, Einstein relativity
theory
No comments:
Post a Comment