Monday, 8 May 2017

TEORI PENIPUAN BESAR AKHIR ZAMAN

Sekarang tibalah ketika di mana penulis akan membuka pintu untuk anda melihat sendiri kepingan-kepingan puzzle yang berada di sebalik pintu tersebut. Puzzle-puzzle tersebut telah pun penulis cantumkan dan anda akan terus dapat melihat hasilnya. Masih belum terlambat untuk anda berpatah balik. Jika anda betul-betul ingin tahu, maka teruskanlah pembacaan anda. Maklumat yang akan dihidangkan mungkin terlampau radikal, sehingga akan mentah-mentah ditolak, atau mungkin akan membuka mata anda kepada sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran anda selama ini. Nasihat penulis, jadilah manusia yang bebas, yang mampu menilai sesuatu maklumat dari pelbagai sudut, dan membuat kesimpulan sendiri setelah meneliti maklumat tersebut.

Penulis akan mendedahkan penyataan tersebut dahulu, kemudian puzzle-puzzle tersebut akan dipisahkan dan kita cantumkan semula bersama-sama supaya anda faham bagaimanakah penulis sampai kepada kesimpulan-kesimpulan tersebut. Bagi penulis, penemuan ini amatlah besar, sehingga membuka mata penulis dan membantu penulis melihat keadaan dunia ini dari sudut yang lain. Umpama tersedar dari mimpi yang panjang. Jika anda telah bersedia, penulis akan membuka pintu ini sekarang!
.
..
Hasil daripada pencantuman kepingan-kepingan puzzle yang telah dilakukan, penulis telah berjaya membuat beberapa kesimpulan. Kesimpulan yang pertama adalah PENULIS MEMBENARKAN FAKTA BAHAWA BUMI INI BERBENTUK SFERA, BUKAN RATA. Pelbagai kenyataan dan teori yang telah diamati antara teori bumi rata dan teori bumi sfera, lalu penulis berjaya membuat kesimpulan bahawa bumi ini adalah berbentuk sfera. Belakangan ini,kecoh dengan kemunculan pendukung teori bumi rata, lalu penulis mengambil keputusan untuk mengkaji setiap hujah yang dikeutarakan dan dibandingkan dengan teori bumi sfera, dan penulis membuat pemerhatian dan kajian sendiri untuk sampai kepada kesimpulan tersebut. Ada hujah-hujah yang diterima daripada kedua-dua belah pihak, yang akhirnya membawa kepada pembongkaran kesimpulan yang selanjutnya. Perbandingan hujah-hujah tersebut akan penulis rungkaikan kemudian.

Kesimpulan yang kedua berbunyi, BENUA ANTARKTIKA ADALAH GARIS TENGAH KEPADA BUMI YANG BERBENTUK SFERA INI!!! INI BERMAKSUD BAHAWA, KITA HIDUP DI ATAS SATU HEMISFERA BUMI, DAN SATU LAGI HEMISFERA KEKAL MENJADI MISTERI. Sebelum ini, kita telah diberitahu bahawa Khatulistiwa adalah garis tengah bumi ini, dan kutub Utara dan kutub Selatan adalah dua hujung kepada bumi ini. Pada pandangan penulis, ini adalah satu penipuan yang terbesar abad ini. Peta-peta dunia diubahsuai supaya Antartika berada di kutub Selatan dan Khatulistiwa berada di garis tengah bumi, untuk menutup sebarang kemungkinan timbulnya persoalan tentang Antartika. Apakah reaksi anda ketika ini? Penulis pada kali pertama membuat kesimpulan ini, amat terpegun, dan terasa seolah-olah baru keluar daripada panggung wayang, menonton filem fantasi. Hujah-hujah penulis akan dinyatakan di posting yang kemudian.

Kesimpulan yang ketiga, pada pandangan penulis, MANUSIA SEBENARNYA TIDAK MAMPU KELUAR DARIPADA ATMOSFERA BUMI, DAN MISI-MISI KE ANGKASA LEPAS, TERMASUK PENJELAJAHAN KE BULAN OLEH PIHAK AMERIKA SYARIKAT ADALAH PENIPUAN SEMATA-MATA. Penulis telah membandingkan teori-teori konspirasi dengan kenyataan-kenyataan daripada pihak NASA (National Aeronatic and Space Administration), Amerika Syarikat (AS) dan penulis telah membuat kesimpulan tersebut. Keadaan di luar atmosfera bumi amatlah mustahil untuk dijelajahi, dan objek-objek seperti robot angkasa, kamera angkasa kawalan jauh adalah mustahil untuk berada di ruang angkasa yang sedang bergerak laju dan mempunyai radiasi yang sangat tinggi. Jadi, apakah agenda sebenar yang sedang diusahakan oleh NASA? Bagi penulis, ada kemungkinan bahawa tujuan utama NASA adalah untuk MEMBANGUNKAN TEKNOLOGI UNTUK MENJELAJAH KE HEMISFERA BUMI YANG SATU LAGI!. Hasrat ini bukanlah mudah kerana dua hemisfera bumi ini dipisahkan oleh benua antartika yang mempunyai medan magnet yang membuatkan penerbangan adalah mustahil dan keadaan semula jadinya yang tidak sesuai kepada manusia. Jadi melalui teori ini, kita sebelum ini tertipu dengan propaganda penjelajahan ke angkasa yang jauh, sehingga tiada orang yang perasan bahawa rupa-rupanya satu lagi hemisfera bumi tidak lagi kita jelajahi. Untuk apa menjelajah ke angkasa mencari planet lain? Kan lebih berbaloi jika boleh ke hemisfera bumi yang satu lagi yang sudah pasti boleh dihuni oleh manusia dan kaya dengan hasil bumi seperti hemisfera kita ini?

Nah, itu adalah kesimpulan-kesimpulan yang dibuat oleh penulis. Apakah reaksi anda sekarang? Sudah pasti sukar untuk menghadamnya kan? Oleh sebab itu, penulis akan kemukakan bukti dengan panjang lebar di posting yang akan datang. sekali lagi diingatkan bahawa kesimpulan-kesimpulan ini adalah pandangan penulis, dan anda berhak untuk memikirkan atau membuangnya.

No comments:

Post a Comment