Tuesday, 9 May 2017

PERKAITAN TEORI 'ANTARTIKA IALAH EQUATOR BUMI' DENGAN MISTERI DUNIA YANG LAIN

Kini telah sampai kepada artikel yang terakhir buat masa kini. Sebelum ini penulis telah mengutarakan beberapa kemungkinan yang mencabar pengetahuan kita pada masa kini. Antara kemungkinannya ialah:

1 - ANTARTIKA ADALAH GARIS TENGAH / EQUATOR KEPADA PLANET BUMI

2 - KITA MENDIAMI SATU HEMISFERA BUMI, MANAKALA SATU LAGI HEMISFERA MASIH MENJADI MISTERI.

3 - PENJELAJAHAN KE ANGKASA MUNGKIN MERUPAKAN PROPAGANDA, SEBALIKNYA, TEKNOLOGI AEROSPACE MUNGKIN DIBANGUNKAN UNTUK PENJELAJAHAN KE HEMISFERA YANG SATU LAGI

     Berdasarkan kemungkinan- kemungkinan di atas, beberapa misteri tentang kejadian alam sebelum ini mungkin dapat dicerahkan (teori, bukan fakta). Antaranya adalah:


1- Punca berlaku banjir besar semasa zaman Nabi Nuh A.S. 

     Manusia sering membahaskan punca berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Di kala itu, hanya Nabi Nuh dan beberapa orang lain dan makhluk-makhluk berpasangan yang terselamat daripada bencana itu, hasil perintah Allah kepada Nabi Nuh untuk membina satu bahtera. Pada hemat saya bahtera tersebut tersangatlah canggih sehingga mampu mengharungi malapetaka yang sangat dahsyat yang di mana semua yang selainnya dikatakan hancur. Bagaimana pula dengan haiwan yang berpasang-pasangan? Kita beranggapan bahawa semua haiwan seluruh dunia dimuatkan ke dalam bahtera Nabi Nuh. Namun, ada juga kemungkinan bahawa teknologi masa itu begitu canggih, termasuk dalam bidang bioteknologi yang memungkinkan maklumat genetik atau DNA setiap spesies di muka bumi ini disimpan dengan rapi di dalam bahtera Nabi Nuh.
     
     Persoalan di sini adalah bagaiman banjir besar itu berlaku. Ada pendapat menyatakan bahawa ia berlaku hasil daripada hentaman meteor yang menghasilkan tsunami yang besar. Pada pandangan penulis, terdapat satu lagi kemungkinan. Andaikan bahawa benua Atartika yang merupakan benua terbesar yang kita ketahui mencair (antartika adalah equator bumi berdasarkan teori yang saya utarakan). Bukankah seluruh hemisfera bumi ini akan tenggelam? Apakah yang boleh menyebabkan Antartika mencair? Ingatkah point saya bahawa alam semesta bersama bumi dan matahari beredar dan berkembang dalam bentuk spiral dan funnel? Akan ada satu titik di mana seluruh isi alam ini akan berubah sudut vektor dalam pusingan spiral tersebut. kejadian ini berlaku dalam banyak pengulangan, mungkin setiap 6000 tahun? Maka ketika itu mungkin berlaku perubahan iklim yang sangat ekstrim lalu boleh mencairkan benua Antartika lalu menyebabkan banjir besar. Apabila alam semesta telah memasuki bahagian spiral yang bertentangan, keadaan kembali stabil, tetapi sudut vektor 23.5 darjah yang saya duk katakan sebelum ini mungkin berubah vektor, mengikut daya pengembangan alam semesta.

     Ini cuma pendapat saya, seharusya kebenarannya hanya Allah yang mengetahuinya.


2 - Segitiga Bermuda

     Mungkinkah Segitiga Bermuda yang sungguh misteri dan ditakuti itu merupakan laluan atau channel untuk ke hemisfera yang satu lagi? jika dibaca penulisan-penulisan sebelum ini, alat kawalan navigasi, gelombang radio menjadi celaru apabila melalui kawasan tersebut. Mungkinkah ia disebabkan oleh daya magnetik yang begitu kuat?


3 - Teknologi anti graviti

     Kita jug pernah terbaca bahawa ada pihak yang sedang membangunkan teknologi anti graviti. Mengapakah teknologi ini dibangunkan? adakah untuk ke angkasa lepas? mungkin juga, tapi apa faedahnya? Penulis beranggapan bahawa jika benar Antartika adalah equator bumi, maka ia adalah kutub kepada medan magnet bumi. kawasan kutub magnet ini merupakan kawasan yang paling kuat daya magnetnya. Adalah mustahil untuk manusia melepasi medan magnet tersebut untuk ke Hemisfera sebelah, melainkan dengan teknologi anti graviti yang sangat canggih , sudah pasti dengan izin Allah.


4- Gereja dan pusat kajian canggih di Antartika

     Jika anda melakukan sedikit pembacaan, umum diketahui bahawa terdapat gereja dan pusat penyelidikan yang sangat canggih di Antartika. persoalannya mengapa di Antartika? Bukankah kosnya begitu tinggi. Juga terdapat pengkalan tentera di sana. Pada pandangan penulis, sudah pasti kerana Antartika adalah equator bumi, dan oleh itu ia merupakan sempadan antara dua hemisfera bumi ini. Mungkin banyak lagi rahsia yang disorokkan daripada kita tentang Antartika.

     Akhir kalam, apa yang saya tulis ini adalah kemungkinan, bukannya fakta atau teori yang harus diterima umum. Saya cuma ingin berkongsi sedikit pemikiran yang telah saya lakukan. Namun andaikata kemugkinan yang saya utarakan ini terbukti dengan jelas adalah mustahil, maka saya terima dengan adanya.. berbincanglah kita secara ilmiah untuk manfaat bersama, janganlah berpecah - belah kerana hal yang ranting.

Hakikatnya, semua ilmu itu daripada Allah, dan Dia lah yang Maha Mengetahui dan Maha Benar..


ada rezeki....ada lagi sambungan...

 

KEMUNGKINAN SETERUSNYA: KEDUDUKAN SATELIT DAN IMEJ BUMI YANG DIAMBIL ADALAH CUMA SEBAHAGIAN DARIPADA HEMISFERA BUMI

Pada bahagian ini, penulis ingin menjawab beberapa persoalan mengenai satellite yang terletak kira-kira 300km dari permukaan bumi. Lapisan atmosfera bumi terdiri daripada pelbagai lapisan seperti yang diterangkan sebelum ini. Lapisan-lapisan ini bolehlah digambarkan seperti orbit atau petala yang dihuni oleh electron dalam model atom kuantum fizik. Berdasarkan penemuan Isaac Newton bahawa graviti berkadar songsang dengan jarak, maka hypotesisnya ialah semakin jauh sesuatu objek dari pusat graviti, semakin lemah daya graviti yang bertindak ke atasnya. Lapisan-lapisan atmosfera adalah peringkat-peringkat orbit yang wujud di atmosfera bumi. Semakin tinggi peringkat lapisan atmosfera tersebut, semakin lemah daya graviti yang bertindak terhadapnya.

Rajah 1: kedudukan satellite pada lapisan thermosfera bumi. Pandangan daripada satellite tersebut hanya mampu melihat hemisfera bumi yang kita duduki, dengan Antartika sebagai equator. Hemisfera satu lagi kekal tersembunyi, walaupun dari imej satellite.

Satellite sememangnya sebuah teknologi yang hebat yang digunakan untuk kelancaran komunikasi dan sistem GPS, nerkaloborasi dengan pemancar pada permukaan bumi. Ketinggian International Space Station      (ISS) adalah pada tahap thermsfera kira-kira 300km dari permukaan bumi. Pada ketinggian tersebut, daya tarikan graviti adalah lemah, F = 1/n4 (n adalah peringkat lapisan atmosfera). Oleh itu, ISS berupaya untuk mengekalkan kedudukannya pada ketinggian tersebut selama bertahun-tahun tanpa memerlukan bekalan bahan api, kerana ia sebenarnya berada dalam keadaan jatuh bebas (free fall) dan kelajuannya  mengikut kelajuan putaran pada orbit atmosfera tersebut. Begitu juga dengan angkasawan yang berada di dalam ISS, dilihat seperti terapung, pada hakikatnya mereka berada dalam keadaan jatuh bebas, relatif kepada ISS.

Anda boleh melayari laman web http://www.n2yo.com/space-station/ untuk melihat imej yang dirakam secara langsung dari ISS. Secara jelasnya, Antartika dilihat sebagai kawasan terbesar dalam imej yang dipancarkan. Ini menguatkan lagi dakwaan penulis bahawa Antartika adalah ‘equator’ bumi, dengan keupayaan satellite untuk mencerap bumi daripada bahagian hemisfera yang kita duduki sahaja.

Di laman web www.nytimes.com, tajuk berita utama ‘ Japan’s New Satellite Captures an Image of Earth Every 10 Minutes, by Derek Watkins, July 10, 2015’. Kita boleh melihat gambar-gambar bumi yang diambil daripada satelit tersebut dicantumkan membentuk seperti sebuah video. Pada pergerakan gambar tersebut, perhatikan garis yang memisahkan siang dan malam pada hemisfera bumi. Garis tersebut condong ke kanan dan ke kiri secara uniform. Mengapakah imej sebegitu boleh terjadi? Ingat bahawa satelit tersebut mengambil gambar selang 10 minit. Memandangkan ia bergerak dalam orbit atmosfera, maka imej yang diambil pada bahagian orbit yang bertentangan apabila dicantumkan menghasilkan garis pemisahan malam/siang yang condong ke kanan dan ke kiri secara konsisten. Sebenarnya garis tersebut tidak bertukar arah, Cuma gambar-gambar tersebut diambil dari bahagian orbit yang bertentangan lalu, dengan menjadikan imej bumi sebagai konstan, garis siang/malam tersebut dilihat seperti berubah kecondongan ke kiri dan ke kanan. Imej yang diambil oleh satelit tersebut juga tidak merangkumi keseluruhan bumi. Kita dapat lihat bahawa pada bahagian utara, Cuma sebahaian daripada Rusia sahaja yang berada dalam imej, manakala Arctic (Kutub Utara) tidak kelihatan. Begitu juga pada bahagian yang lebih Selatan, cuma sebahagian daripada Antartika berjaya dirakam. Mungkinkah juga disebabkan limitasi kepada imej yang dirakamkan, orbit pada atmosfera bumi juga condong sebanyak 23.50 selari dengan vektor pengembangan alam semesta seperti yang penulis nyatakan sebelum ini? Perhatikan rajah dibawah.


Daripada rajah-rajah di atas, bolehlah dibandingkan dengan dapatan imej yang dipaparkan dalam laman web berkenaan. Amat bersesuaian sekali jika penerangan bagaimana imej-imej tersebut diambil adalah dari kedudukan satelit seperti di atas.

Kesimpulannya, satellite kekal mengelilingi atmosfera bumi pada satu tahap orbit, berada dalam keadaan jatuh bebas ‘free fall’ yang menampakkan angkasawan seolah-olah terapung di dalam ISS. Gambar-gambar yang diterbitkan oleh ISS dan satelit lain juga mempunyai batasan, kerana disebabkan ia beredar mengikut orbit yang tetap, ia hanya mampu mengambil imej bumi sehingga sudut maksimum kamera satelit tersebut di dalam orbitnya. Kebanyakan imej tidak menunjukkan Antartika sebagai Kutub selatan bumi!. Terdapat dakwaan juga yang mengatakan bahawa satellite atau kamera tidak boleh menahan keadaan di luar atmosfera bumi yang mempunyai kadar radiasi yang ekstrim. Kamera juga mungkin tidak dapat merakamkan gambar bumi, marikh, Musytari dan planet-palnet lain, kerana keadaan fizik sekeliling yang sangat-sangat berbeza daripada bumi. Bagaimana pula mereka mengawal robot yang dihantar ke marikh atau bulan sedangkan gelombang kawalan yang dihantar perlu menembusi ‘Van Allen radiation belt’ yang sangat kuat dan kemungkinan besar menghapuskan gelombang maklumat yang dihantar NASA kepada robot yang dikatakan dihantar ke bulan tersebut. Tetap ada kemungkinan walaupun bukanlah fakta yang sahih bahawa selama ini penjelajahan ke angkasa lepas hanyalah satu propaganda dan ilusi. Segaa teknologi yang dibangunkan mungkin juga bertujuan untuk membolehkan manusia menjelajah ke hemisfera bumi yang satu lagi yang kekal misteri...mungkin...


PERUBAHAN DUNIA SELEPAS OPERASI ‘HIGHJUMP’

Selepas era penjelajahan ke Antartika, beberapa perubahan major telah berlaku di hemisfera kita. Pada tahun 1957, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui ‘Antarcti Treaty’ telah mewartakan bahawa Antartika adalah kawasan larangan. Perjanjian itu ditandatangani sepenuhnya pada tahun 1959.

Pada tahun 1957 juga, tercetus propaganda terbesar iaitu program penjelajahan angkasa lepas. Dua kuasa besar dilihat sebagai bersaing dalam perkara ini dengan Rusia melancarkan satellite pertama yang diberi nama Sputnik pada tahun tersebut. Setahun kemudian, AS menubuhkan NASA, dan berlakulah propaganda penjelajahan manusia ke bulan, penghantarn satellite ke Marikh, perniagaan satellite, dan lain-lain agenda yang diteruskan sehingga ke hari ini.

Pada tahun 1958, AS dan Soviet Union telah melakukan misi untuk mengebom langit dengan menggunakan kuasa nuclear. Operasi ini dinamakan HANE (High Altitude Nuclear Explosion) yang berterusan selama empat tahun sehingga 1962. Program ini merupakan ‘Top Secret’ selama 50 tahun, namun menjadi umum sejak tahun 2012. Kesimpulan daripada program nuclear tersebut merumuskan bahawa LANGIT TIDAK BOLEH DITEMBUSI WALAUPUN DENGAN KUASA NUKLEAR.  – https://en.m.wikipedia.org/wiki/High-altitude_nuclear_explosion


                Sebagai kesimpulan, penulis beranggapan bahawa hasil daripada penemuan di Antartika pihak penguasa dunia telah melancarkan beberapa langkah untuk membendung rahsia di sebalik Antartika daripada diketahui umum dengan menjadikan Antartika sebagai kawasan larangan, memulakan propaganda penjelajahan angkasa lepas untuk memesong perhatian umum, dan melakukan program nuclear untuk menembusi langit bumi yang ternyata gagal. Jadi, bukalah mata anda, dan berfikir sejenak, adakah kebarangkalian benar dakwaan penulis bahawa Antartika adalah ‘equator’ bumi, dan kita sebenarnya menghuni cuma satu hemisfera bumi, manakala hemisfera yang satu lagi kekal misteri? Masuk akal bukan? 

OPERASI HIGHJUMP – MUNGKIN BUKTI ANTARTIKA ADALAH EQUATOR BUMI

Manusia secara fitrahnya diselubungi oleh perasaan ingin tahu, yang mendorong manusia menjelajah ke serata pelosok dunia untuk merungkai misteri-misteri alam yang dipinjamkan ini. Dua kawasan yang paling jarang dijelajahi manusia adalah kawasan Kutub Utara atau Arctic dan juga benua Antarctika. Di dalam era yang moden ini, penjelajahan ke dua hujung dunia ini didahului oleh pihak Amerika Syarikat yang mempunyai teknologi ketenteraan yang canggih. Sejurus selepas perang dunia kedua berakhir, pihak Amerika telah mendahului negara-negara lain dalam misi penjelajahan ke Arctic dan Antarctica. Berdasarkan artikel “The United States Navy Antarctic Development Project 1945 – 1947” dilaporkan oleh RADM Richard E. Byrd (USN Ret.) - Officer in Charge TASK FORCE 68 dan RADM Richard H. Cruzen, USN, Commander TASK FORCE 68. Pada tahun 1945 – 1946, pihak tentera Amerika telah melancarkan dua operasi penjelajahan ke Kutub Utara, dinamakan ‘Operation Frostbite’ dan ‘Operation Nanook – May 1946’. Tujuan penjelajahan ini adalah untuk memahami muka bumi Kutub Utara, memetakan kawasan tersebut, melatih survival pasukan tentera untuk hidup dalam keadaan iklim yang ekstrim, meletakkan markas ketenteraan Amerika di kawasan Kutub Utara, dan tujuan-tujuan yang lain. Berdasarkan rekod pengembaraan mereka, operasi ini dihentikan sebelum mencapai TITIK PALING UTARA di kawasan Arctic. Alasan yang dinyatakan dalam artikel tersebut adalah kerana mereka memikirkan bahawa keadaan iklim di bahagian yang lebih utara di Arctik adalah tidak terlalu ekstrim untuk latihan ketenteraan. Adakah benar kenyataan tersebut? Seperti yang diketahui bahagian paling Utara Arctik adalah bahagian yang paling ekstrim iklimnya di bahagian Kutub Utara, dan hamper tiada hidupan yang mendiami kawasan tersebut. Pada penulis,kenyataan tersebut menimbulkan keraguan, kerana seolah-olah pihak tentera laut Amerika dengan mudah menghentikan pengembaraan mereka di Arctik tanpa alasan yang munasabah. Kenyataan tersebut menimbulkan persoalan adakah mereka membatalkan misi tersebut disebabkan oleh keadaan yang terlampau ekstrim yang mustahil untuk dilalui oleh manusia? Seperti penerangan penulis sebelum ini bahawa kawasan paling utara di Arctik adalah kawasan yang paling kuat medan magnetiknya sehingga menyebabkan navigasi di kawasan tersebut adalah mustahil dan sangat berbahaya. Oleh itu, mereka membatalkan penjelajahan tersebut, yang tidak mengambil masa begitu lama, kerana saiz Arctic yang tidaklah begitu besar.

Pada Disember 1946, pihak Tentera Laut Amerika telah melancarkan operasi besar-besaran untuk menjelahi Benua Antartika,iaitu ‘Operation High Jump’ diketuai oleh Admiral Richard E. Byrd. Operasi tersebut telah dijalankan dengan beberapa syarat. Pertama, mereka tidak membenarkan penglibatan pemerhati asing dari negara-negara lain. Kedua, operasi tersebut juga tidak melibatkan pengaturan hubungan diplomatic Amerika dengan negara lain. Ini bermaksud, negara lain tidak boleh terlibat dalam operasi tersebut untuk kepentingan masing-masing. Sebelum operasi tersebut dijalankan Antartika telah menjadi rebutan beberapa buah negara iaitu British, France, Norway, Chile, Argentina, Australia, dan New Zealand. Disebabkan tekanan politik oleh negara-negara tersebut, operasi HighJump hampir dibatalkan oleh presiden Amerika pada ketika itu, Hary Truman. Syarat yang ketiga ialah kebanyakan tentera yang telah menyertai operasi-operasi di Kutub Utara tidak dibenarkan menyertai Operasi HighJump. Mengapa? Adakah akan lebih berkesan sekiranya sekumpulan askar yang telah mempunyai pengalaman di Kutub Utara untuk menjalankan misi ke Antartika? Bukankah mereka berkata bahawa keadaan di Artik tidak terlampau ekstrim untuk melatih tentera? Jadi lebih baik askar-askar tersebut dibawa pula ke Antartika untuk berlatih di Antartika. Pelik bukan? Pada pandangan penulis, pihak atasan Amerika ingin menyembunyikan sesuatu, oleh itu mereka tidak membenarkan askar yang telah hidup di kawasan kutub Utara untuk ke Antartika kerana Antartika bukanlah sebuah kutub, tetapi merupakan garis tengah / ‘equator’ bumi! Sudah pasti keadaan berbeza antara dua tempat tersebut, sedangkan jika kedua-dua adalah kawasan kutub, sudah pasti tidak banyak perbezaan antara Artic dan Antartika.

Tujuan penjelajahan Antartika yang dinyatakan dalam artikel tersebut ialah untuk meletakkan markas tentera Amerika, kajian saintifik (‘aerological measurement – synoptical observation, radar meteorology, intensity of solar radiation), ‘terrestrial magnetic observation’, ‘aerial geological studies (prospecting for atomic energy source materials), cosmic study’.

Kekuatan ketenteraan yang dihantar untuk menjayakan operasi ini jauh lebih besar daripada operasi di Arctic. Ini satu lagi perkara yang menimbulkan persoalan kepad penulis. Pihak atasan tentera Amerika telah mengerahkan 13 kapal perang, 4700 orang tentera yang belum menyertai operasi di Kutub utara sebelum ini, dan 29 pesawat penerbangan. Mengapakah begitu besar armada yang dikerahkan untuk penjelajahan di Antartika? Sudah pasti adalah kerana Antartika adalah ‘equator’ bumi yang mempunyai keluasan paling luas, merangkumi lilitan garis tengah bumi. Disebabkan saiz Antartika yang sangat besar, pasukan ini telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan Timur, Tengah, dan Barat. Setiap kumpulan akan menjelajah sebahagian daripada Antartika seperti yang telah ditetapkan, dan penemuan mereka akan digabungkan untuk dijadikan laporan lengkap. Pelik bukan, jika antartika adalah kutub selatan bumi seperti Artik yang merupakan Kutub utara bumi, sudah pasti keadaan iklim dan keluasan kedua-dua kawasan ini adalah hampir sama. Tetapi seperti yang kita tahu Antartika adalah benua terbesar di dunia. Adalah lebih logik sekiranya kawasan yang terbesar di bumi adalah garis tengah bumi (equator), bukan di kutub. Penjelajahan mereka di Antartika adalah hanya sepanjang pinggiran benua tersebut, bukanlah sehingga ke bahagian paling dalam benua tersebut, kerana terdapat beberapa keganjilan yang akan diterangkan kemudian.

Daripada laporan yang ditulis dalam artikel tersebut, beberapa penemuan yang pelik telah direkodkan. Berdasarkan laporan oleh juruterbang William Kearns, beliau mengatakan bahawa sistem navigasi tradisional tidak boleh digunapakai untuk penerbangan di Antartika. Mereka juga mengatakan bahawa penerbangan di Antartika adalah sangat berbahaya. Tambahan pula jika ingin mencapai objektif pemetaan Antartika, sesebuah kapal terbang perlulah dilengkapi dengan kelengakapan fotografi yang sangat banyak, dan bekalan minyak yang berlebihan, kerana Antartika adalah begitu besar, cuaca tidak menentu menyebabkan setiap penerbangan yang dilancarkan untuk misi tersebut jarang untuk berjaya. Cuma penerbangan kumpula Barat yang berjaya memetakan sebahagian daripada bahagian Antartika yang telah  ditetapkan. Kumpulan Barat juga telah menemui satu penemuan yang menarik iaitu, sebuah oasis yang mempunyai sedikit tumbuhan yang dinamakan Bunger’s Oasis. Tiada langsung gunung di kawasan pinggiran Antartika. Pada 12 Feb 1947, misi penerbangan yang telah dijalankan oleh WR Krietzer dan F.L Reinbolt ke kawasan yang lebih dalam di Antartika telah menemukan tembok ais yang sangat tinggi, kira-kira 300 batu dari pinggir Antartika. Ketinggian dinding ais tersebut lebih kurang 2 batu, berbentuk Kristal ais berwarna biru jernih. Mereka meneruskan perjalan jauh ke Selatan, namun kemudian berpatah balik kerana kapal terbang mereka tiba-tiba tidak stabil dan mengalami masalah teknikal. Mereka menerangkan keadaan yang mereka lihat sebagai landskap bagi sebuah planet yang lain daripada bumi.

Di bahagian Timur Antartika, kumpulan Timur membuat beberapa percubaan penerbangan untuk misi pemetaan, tetapi gagal. Pada 29 Dis 1946, kapal terbang George One yang sedang menjalankan misi, telah mengalami kerosakan dan meletup di udara. Tragedi tersebut mengorbankan nyawa beberapa tentera yang terlibat, dan diingati sebagai ‘Antartic Mayday’. Daripada rekod yang dilaporkan dalam artikel tersebut, bolehlah dirumuskan bahawa Antartika merupakan sebuah benua yang sangat besar, mungkin ia adalah ‘equator’ bumi. Antartika juga mempunyai medan magnet yang sangat kuat sehingga menyebabkan penerbangan adalah mustahil. Jadi, kita sehingga kini berada di dalam kubah atmosfera hemisfera bumi, dan tidak pernah berjaya untuk merentasi Antartika untuk ke hemisfera yang satu lagi, atau pun untuk ke angkasa lepas dengan melepasi lapisan atmosfera bumi yang diselaputi oleh ‘Van Allen radiation belt’.


Berbalik kepada Admiral Richard E. Byrd, beliau merupaka tokoh penting dalam penjelajahan Antartika. Beliau dikurniakan Medal of Honor yang merupakan penganugerahan tertinggi tentera AS. Beliau dicatatkan sebagai penerbang pertama yang terbang di kutub Utara (Artik) dan Kutub Selatan (Antartika). Penjelajahan pertama beliau ke Antartika adalah pada tahun 1928 – 1930 dengan 2 kapal laut dan 3 pesawat udara. Kemudian, beliau kembali ke Antartika pada 1934 secara bersendirian selama 5 bulan. Penjelajahan yang ketiga adalah pada tahun 1939-1940, diarahkan oleh pemerintah AS. Operation Highjump adalah ekspedisi terbesar manusia ke Antartika. Dalam dokumentasi operasi tersebut, telah disebutkan bahawa, pasukan tersebut berjaya menemui wilayah di Antartika yang tidak diliputi ais (Bunger’s Oasis). Dalam wawancara Admiral Byrd di Harian Chile 1947, beliau mengeluarkan satu penyataan yang sangat mengejutkan. Beliau menyatakan bahawa “Amerika perlu melakukan tindakan defensive terhadap serangan musuh yang datang dari kutub Selatan”. Musuh yang manakah yang dikatakan oeh Byrd? Berdasarkan teori penulis, kumpulan penjelajahan dalam operasi Highjump mungkin telah terlihat hemisfera bumi yang satu lagi, tetapi tidak boleh terbang menembusi Antartika disebabkan oleh daya magnetik yang kuat. Adm Byrd juga menyatakan bahawa ada wilayah sebesar Amerika yang belum pernah dilihat oleh orang lain, yang terletak selepas daripada Antartika! Ekspedisi ke 5 Byrd, dilakukan pada 1956-1957 dikenali sebagai Operation Deep Freeze, bertujuan untuk membangunkan 3 pengkalan tentera di Antartika. Persoalannya musuh yang manakah yang ditakuti oleh pemerintah dunia ini sehingga meletakkan tiga pengkalan tentera di Antartika, tidak seperti di Artik? Sudah pasti ia dibangunkan sebagai langkah keselamatan daripada ancaman yang berasal dari hemisfera satu lagi di sebalik Antartika yang merupakan ‘equator’ bumi! 

Mungkinkah portal ke Hemisfera sebelah terletak di Bunger's Oasis, atau Segitiga Bermuda? entahlah...semuanya adalah kemungkinan


sumber rujukan:

1-      artikel “The United States Navy Antarctic Development Project 1945 – 1947” dilaporkan oleh RADM Richard E. Byrd (USN Ret.) - Officer in Charge TASK FORCE 68 dan RADM Richard H. Cruzen, USN, Commander TASK FORCE 68
2-      www.melinweb.com – penjelajahan Antartika oleh Admiral Ricahrd E. Byrd

KUBAH HEMISFERA BUMI

Seperti yang penulis terangkan sebelum ini, berkemungkinan terdapat dua kubah medan magnet bumi, satu di hemisfera utara, satu di hemisfera selatan. Yang mana satukah hemisfera yang kita diami sekarang ini? Ia menjadi misteri bagi penulis. Kubah magnetik hemisfera ini mengandungi lapisan-lapisan yang dikenali sebagai Atmosfera. Terdapat beberapa lapisan atmosfera, seperti gambaran di bawah:

Rajah 1: lapisan atmosfera bumi, kubah hemisfera. Sumber: NASA

Jika diperhatikan bahawa semakin mendekati permukaan bumi, semakin nipis satu lapisan atmosfera, maksudnya lapisan troposfera lebih nipis daripada startosfera, stratosfera lebih nipis daripada mesosfera dan selanjutnya. Ini terjadi kerana semakin jauh jarak dengan bumi, semakin kurang daya tarikan graviti, lalu mengakibatkan lapisan tersebut semakin luas. Satellite terletak pada lapisan thermosfera, kira-kira 300km dari permukaan bumi.  Lapisan atmosfera ini juga memberikan pelindungan kepada bumi dengan mengakibatkan kehancuran kepada objek dari luar yang memasuki medan magnet bumi, seperti asteroid. 
Sedarkah kita bahawa kita hidup dikelilingi air. Dari alam Rahim, yakni semasa kita dalam kandungan rahim ibu, kita dikelilingi oleh air ketuban. Di dunia ini juga kita dikelilingi oleh sistem air, tetapi dalam ketumpatan yang berlainan. Molekul air di lautan membentuk cecair, tetapi apabila tersejat molekul tersebut wujud dalam bentuk udara. Kita bernafas menggunakan udara dalam atmosfea bumi, yang turut mengandungi hydrogen dan oxygen, seperti molekul air. Tubuh badan manusia juga 70% adalah air. Telah termaktub di dalam Al Quran:

Ayat 30, Surah Al-Anbiyaa’
“ dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?”

                Jika dilihat, kubah atmosfera bumi merupakan lapisan yang diciptakan Allah untuk melindungi bumi daripada ditimpa oleh objek dari luar bumi seperti asteroid. Jika asteroid memasuki medan magnet bumi, ia akan melalui pembakaran dan akhirnya hancur, melainkan ia cukup besar untuk kekal sebagai batu yang kecil lalu menghempas bumi. Jika begitu sukar untuk objek dari luar memasuki atmosfera bumi, sedangkan asteroid bergerak dengan kelajuan alam semesta yang begitu laju, adakah mungkin untuk manusia menembusi lapisan atmosfera bumi yang dipengaruhi oleh daya electromagnetic dan tarikan gravity bumi? Ia adalah mustahil. Tuhan telah menciptakan bumi ini dilindungi oleh satu lapisan air (atmosfera) yang sangat istimewa, yang melindungi bumi daripada ancaman luar. Kedaaan ini bolehlah dibandingkan dengan alam Saghir di mana bayi dalam rahim ibu dikelilingi oleh air ketuban (amniotic fluid) dan dua lapisan ‘amniotic membrane’ yang melindungi bayi daripada ancaman luar seperti jangkitan kuman, dan sebagainya. Bayi akan lahir ke dunia alam Insan ini apabila cukup tempoh matang dalam kandungan, di mana ‘amniotic membrane’ ini akan pecah, dan memulakan rembesan hormone-hormon seperti prostin dan oxytocin lalu mencetuskan proses kelahiran. Begitu juga, berkemungkinan lapisan atmosfera bumi ini akan hancur pada hari kiamat, dan pada hari itu, bumi akan hancur, dan gunung-gunung berterbangan seolah-olah medan magnetik dan gravity bumi ini telah hilang.

                Perhatikan pula gambar-gambar roket yang dilancarkan ke angkasa. NASA menyatakan bahawa mereka menemui cara untuk melepasi lapisan atmosfera bumi dengan menggunakan daya tujahan roket pada tahap-tahap tertentu orbit atmosfera, yang akhirnya roket itu akan jatuh semula ke bumi, dan objek yang dihantar seperti satelit akan berada pada orbit atmosfera yang terakir dicapai oleh daya tujahan roket tadi. Satelit tersebut tidak jatuh ke bumi kerana ia berada pada orbit yang tetap, di mana tarikan graviti pada orbit tersebut adalah lemah secara relatif, sesuai dengan persamaan bahawa graviti adalah berkadar songsang dengan jarak daripada pusat graviti. Jadi satelit tersebut sebenarnya bergerak selari dengan kelajuan pusingan orbit tersebut, dan tidak memerlukan bahan api untuk terus bergerak, kerana sebenarnya ia berada dalam keadaan jatuh bebas ‘free fall’. Sebab itu, angkasawan kelihatan seperti terapung di International Space Station (ISS) kerana mereka sedang dalam keadaan ‘free fall’, relatif kepada ISS.

                Persoalannya ialah adakah teknologi manusia berupaya menghasilkan roket dengan kelajuan yang sangat tinggi untuk melepasi setiap lapisan orbit atmosfera dan juga untuk melepasi lapisan Van Allen radiation belt yang paling kuat di bahagian luar atmosfera? Bagi penulis, ia adalah mustahil. Mengikut pencarian yang dilakukan oleh penulis, kenderaan terbang yang paling laju yang mampu dicipta oleh manusia kini adalah kapal terbang X15, yang mampu mencapai kelajuan enam kali lebih laju daripada kelajuan bunyi, kelajuan maksimum pada 7200km/hr. altitude penerbangan yang paling tinggi yang pernah dicapai oleh X15 adalah 100km tinggi daripada permukaan bumi. Ia merupakan ketinggian yang lebih rendah daripada lapisan thermosfera (Karman’s Line). Sedangkan lapisan paling luar atmosfera ialah exosfera, yang terletak kira-kira 600km tinggi daripada permukaan bumi. Manusia telah berjaya meletakkan satelit pada ketinggian kira-kira 300km dari permukaan bumi, manakala terdapat lebih kurang 300 km lagi yang perlu dilepasi untuk melepasi lapisan exosfera. Semakin jauh jarak dari pusat graviti bumi, semakin lemah daya graviti. Berdasarkan teori Isaac Newton, sesuatu daya akan sentiasa mempunyai daya yang bertentangan dengannya. Jadi, semakin tinggi lapisan atmosfera, semakin kurang ketumpatan zarah udara, semakin banyak tenaga yang diperlukan untuk mencapai pecutan yang mampu menghantar sesuatu ke lapisan exosfera. Jika sesuatu objek sudah berada pada satu orbit di lapisan atmosfera, ia akan bergerak pada kejauan yang sangat laju secara ‘free fall’ kerana tarikan graviti bumi yang lemah, dan pengaruh daya elektromagnetik. Tetapi untuk naik dari satu petala atmosfera ke petala yang lebih tinggi, begitu banyak tenaga yang diperlukan (pecutan). Ini boleh dibandingkan dengan pergerakan electron dalam satu model atom, di mana electron hanya akan berpindah ke lapisan orbit yang lebih tinggi apabila menyerap tenaga (pemanasan) yang cukup untuk mengatasi daya elektromagnetik sesuatu orbit dan daya tarikan graviti daripada nucleus. Begitu juga halnya dengan manusia. Begitu banyak kos yang diperlukan untuk melakukan misi mustahil merentasi lapisan atmosfera bumi, perlu mengatasi tarikan graviti bumi dan daya elektromagnetik setiap level pada atmosfera bumi, dan akhir sekali untuk mengatasi ‘Van Allen magnetic belt’. Ia adalah misi mustahil. Jadi, bagi penulis, melainkan dibuktikan dengan gambar sebenar tentang pendaratan kamera, robot, dan kapal angkasa ke luar atmosfera bumi, penulis tidak akan percaya dengan khabar yang dihebahkan oleh NASA mengenai program penjajahan alam semesta (space program). Semua gambar-gambar tentang pendaratan di bulan, foto-foto di planet marikh, masih ada kemungkinan yang ianya rekaan semata-mata yang boleh dilakukan di dalam studio atau menggunakan kaedah photoshop dan CGI. Terdapat pembongkaran bahawa foto-foto di laman web NASA yang menunjukkan keadaan planet Marikh sebenarnya foto-foto yang diambil dari Pulau Devon, Kanada. Dalam artikel oleh Alexnder Light 12/12/2015 bertajuk “Where on Earth Are NASA’s Rovers Sending Pictures From? Devon Island, Canada”, beliau menerangkan secara terperinci tentang penipuan NASA tersebut. Anda boleh membacanya, untuk mempercayainya itu pilihan masing-masing.

Tambahan pula, jika dilihat foto-foto yang diambil di tapak pelepasan roket NASA di SAtellite Beach menunjukkan bahawa roket sentiasa bergerak melengkung, dipengaruhi oleh daya graviti bumi, dan daya elektromagnetik   atmosfera. Sumber John Kraus ( wartawan foto untuk AmericaSpace.com). Pointnya di sini penulis beranggapan bahawa untuk menghantar sesuatu melepasi medan atmosfera bumi ini, ia adalah sesuatu yang agak mustahil.. 

Kesimpulannya, penulis berpendapat bahawa disebabkan kewujudan kutub magnet di Kutub Utara, Equator (Antartika), dan Kutub Selatan (tidak diketahui), bumi dilindungi oleh lapisan atmosfera yang berbentuk kubah, pada setiap hemisfera bumi, seperti lakaran penulis di atas. Lapisan atmosfera ini begitu kukuh, dipengaruhi oleh daya graviti bumi, dan mempunyai petala / level / peringkat orbit yang diapungkan oleh daya elektroagnetik dalam atmosfera. Pada bahagian luar pula, atmosfera dilindungi oleh ‘Van Allen magnetic Belt’ yang sangat kuat medan magnet dan kadar radiasinya, yang menjadikan sesuatu objek adalah mustahil untuk keluar dariapda atmosfera bumi. Jadi, jika dilihat bahawa Neil Armstrong yang dikatakan menjelajah ke bulan, telah pulang dengan selamat dan sempurna daripada misinya di bulan, adalah tidak masuk akal. Mungkinkah ia hanyalah propaganda ? anda tentukan


sumber rujukan:
1-      www.windows2universe.org – van Allen magnetic belt
2-      NASA official website
3-      artikel oleh Alexnder Light 12/12/2015 bertajuk “Where on Earth Are NASA’s Rovers Sending Pictures From? Devon Island, Canada”,
  -      John Kraus – rocket launching photos





MEDAN MAGNET BUMI

Planet bumi yang kita diami ini mempunyai daya magnetik, yang mengalir melalui logam yang tertanam kukuh di dalam isi bumi. Logam merupakan satu elemen penting untuk penghasilan daya magnetik.

Bumi diketahui mengandungi pebagai jenis logam seperti Kuprum, Aluminium, Zink, Ferum, dan sebagainya. Disebabkan kewujudan logam ini, bumi merupakan satu objek yang ideal untuk penghasilan daya magnet. Magnet mempunyai dua kutub yang berlainan daya, dinamakan kutub utara dan kutub selatan. Kutub utara akan menarik kutub selatan, manakala dua kutub yang sama akan menolak sesama sendiri jika didekatkan. Jarum kompas ‘North’ sentiasa menunjukkan ke arah Arctic (Kutub Utara) yang merupakan kutub selatan dalam daya magnetik bumi. Namun, pernahkah kita terfikir,bagaimana magnet ini boleh terhasil? Adakah bumi ini secara semula jadi mempunyai magnet? Jika dilihat daripada eksperimen-eksperimen yang telah dilakukan, sebatang rod besi boleh dijadikan magnet dengan melilitkannya dengan dawai Kuprum yang dialirkan elektrik. Disebabkan aliran elektrik yang mengelilingi rod besi tersebut, rod besi itu mempunyai medan magnet. Bagaimana pula dengan bumi? Inferens penulis adalah, bumi mempunyai medan magnet hasil daripada putaran bumi pada paksinya. Disebabkan putaran ini, terdapat perbezaan tekanan (pressure) antara kawasan kutub dan kawasan tengh-tengah bumi yang berbentuk sfera. Berdasarkan ‘prinsip Bernoulli’ menyatakan bahawa apabila kelajuan meningkat, tekanan (pressure) pada kawasan tersebut akan berkurangan. Ini merupakan prinsip asas kepada ‘aerodynamicity’ yang digunakan dalam perlumbaan kereta, basikal, dan kapal terbang. Bumi berbentuk sfera, dan melengkapkan putaran di atas paksinya dalam tempoh 24 jam. Jadi, kelajuan pada garis tengah bumi adalah jauh lebih laju berbanding kelajuan permukaan pada kutub utara dan kutub selatan bumi. Perbezaan ini menjadikan tekanan pada kutub Utara dan Selatan jauh lebih tinggi berbanding garis tengah bumi (equator). Oleh itu daya magnetik terhasil dengan pergerakan daya dari kutub bumi menghala ke equator. Dalam melabelkan medan magnet, bolehlah dikatakan bahawa Antartika adalah kutub Utara medan magnet, manakala Arctic adalah Kutub Selatan medan magnet, begitu juga Kutub Selatan Bumi merupakan kutub selatan medan magnet. Penerangan seperti gambarajah di bawah:

Rajah 1: pergerakan daya megnet dari kawasan bertekanan tinggi (kutub-kutub) ke kawasan bertekanan rendah Antartika (equator) disebabkan putaran bumi pada paksinya.

Disebabkan Arctic dan Antartika merupakan kutub medan magnet, jadi, kedua-dua kawasan ini mempunyai daya magnet yang paling tinggi di mana zarah-zarah wujud dalam bentuk pepejal (ais) seperti kita menaburkan serbuk besi pada medan magnet, serbuk besi itu akan mampat pada kutub utara dan kutub selatan medan magnet itu. Begitulah penerangan mengapa atmosfera bumi yang mengandungi air, wujud sebagai pepejal (ais) pada bahagian Arctic dan Antarctika.
               
Apakah kepentingan penerangan ini? Melalui teori ini, disimpulkan bahawa medan magnet pada kawasan Arctik dan Antarctika (dua polar pada medan magnet) mempunyai daya magnetic yang terlampaun kuat, sehingga penerbangan dan navigasi pada kawasan ini adalah mustahil. Diterangkan dalam ‘Operation Highjump’ yang dilakukan oleh AS selepas Perang Dunia ke 2 bahawa ia adalah mustahil bagi mengendalikan kapal terbang di kawasan Antartika kerana radar menjadi ‘gila’. Operasi itu adalah satu-satunya misi ketenteraan besar-besaran yang paling jauh menjelajah benua Antartika. Perincian mengenai operasi tersebut akan dibahaskan kemudian.
               
Disebabkan polarity pada bahagaian Arctic (kutub selatan Magnet), manusia tidak pernah menjelajah sehingga ke tengah-tengah Kutub Utara, dan penerbangan komersial tidak dilakukan merentasi Kutub Utara bumi. Jika tiada kesukaran, sudah pasti penerbangan biasa akan menggunakan laluan di tengah-tengah arctic kerana ia merupakan jalan pintas dari satu destinasi ke destinasi bertentangan melalui jalan udara. Keadaan magnetic field yang ekstrim ini juga menyebabkan Arctic dan Antartika tidak sesuai untuk kehidupan. Berikut merupakan gambaran ‘magnetic field’ bumi:

Rajah 2: gambaran medan magnet bumi. Medan magnet ini membentuk satu kawasan medan yang berbentuk kubah yang meliputi setiap hemisfera bumi.

Saintis dari NASA juga telah menggambarkan kewujudan garisan magnet di atmosfera bumi yang mustahil untuk ditembusi yang dinamakan Van Allen Magnetic Belt. “the belt of trapped radiation above the earth’s atmosphere, but within the magnetosphere, were first detected by James Van Allen in 1958” – www.windows2universe.org (this website is currently prohibited to be visited).  Garisan magnet ini mempunyai radiasi yang sangat tinggi, yang mampu menghancurkan objek untuk melepasinya. Bagi penulis, adalah mustahil untuk manusia melepasi lapisan magnet ini dengan sempurna seperti yang dilaporkan bahawa USA telah menghantarkan angkasawan ke bulan dengan menaiki pesawat Apollo pada July 20, 1969. Bagaimanakah kapal angkasa Apollo tersebut melepasi medan magnet bumi dan mendarat di bulan? Adakah anda percaya bahawa manusia pernah ke bulan? Betulkah? Pada penulis, penjelajahan manusia ke bulan merupakan satu penipuan yang nyata, yang mungkin diadakan untuk tujuan-tujuan tertentu oleh pihak yang terlibat. Mungkinkah untuk mengalih perhatian masyarakat umum daripada mempersoalkan tentang hemisfera bumi yang satu lagi yang cuma berada di sebelah kita, tetapi masih misteri??? Jengjengjeng….

Rajah 3: gambaran medan magnet bumi dan sekitarnya. Adakah anda percaya Apollo 11 berjaya ke bulan? (sumber gambar daripada NASA)

Rajah 4: gambaran medan magnet bumi. Sumber gambar NASA



Rajah 5: Garisan iklim pada Hemisfera bumi yang kita duduki sekarang. Disebabkan orbit bumi condong 23.50 , maka kawasan yang paling banyak menerima matahari sepanjang tahun adalah kawasan Khatulistiwa seperti digambarkan dalam artikel sebelum ini.

Kesimpulannya adalah tidak logik sekiranya Khatulistiwa (termasuk Malaysia) merupakan garis tengah bumi, kerana garis tengah bumi adalah kawasan yang paling laju dalam putaran bumi pada paksinya, lalu menjadikannya kawasan yang mempunyai tekanan yang paling rendah (prinsip Bernoulli). Perbezaan tekanan antara dua kutub (tekanan paling tinggi) dengan garis tengah bumi mewujudkan medan magnet bumi. Kedua-dua kutub utara dan selatan bumi merupakan bahagian Selatan medan magnet, manakala garis tengah bumi (equator) merupakan kutub Utara medan magnet seperti lakaran penulis di atas. Kewujudan bongkah ais, keadaan cuaca yang eksterim, dan keadaan medan magnet yang membuatkan semua penerbangan adalah mustahil di kawasan paling hujung Arctic dan Antartika membuktikan bahawa kedua-dua tempat ini adalah medan magnet bumi. Khatulistiwa yang mempunyai iklim paling stabil, dan paling kaya dengan sumber kehidupan merupakan kawasan di tengah-tengah hemisfera bumi yang menerima paling banyak sinaran matahari dalam keadaan orbit bumi yang condong 23.50

sumber:
1-      www.windows2universe.org – van Allen magnetic belt
- - NASA official website
   - Wikipedia – Saros cycle, HANE, solar eclipse, expansion of the universe theory, big bang theory, bernoulli’s principle, Newtons Law, Hubble’s Law, Einstein relativity theory


Monday, 8 May 2017

TEORI PENIPUAN TENTANG KECONDONGAN PAKSI BUMI

Seperti yang telah diterangkan di atas, kita telah diilusikan dengan teori bahawa bumi berputar secara senget 23.50 di atas paksinya, dan beredar dalam orbit yang berbentuk ‘elleptical linear’ mengelilingi matahari. Pada pandangan penulis, bumi sentiasa menghadap ke arah bintang utara (polaris), dan yang senget adalah orbit bumi mengelilingi matahari seiring dengan vector yang menggerakkan peredaran alam semesta. Sudut kecondongan orbit bumi adalah 21 – 240. Penulis berpendapat bahawa, semua objek di alam semesta ini mempunyai orbit yang condong sebanyak 21 – 240, bukan sahaja bumi, kerana semua objek tersebut dipengaruhi oleh vector yang sama yang menggerakkan peredaran alam semesta ini. Keadaan yang sama juga berlaku kepada orbit bulan, yang memungkinkan kejadian gerhana matahari dan gerhana bulan mengikut tempoh masa yang seragam, seperti yang tercatat dalam ‘Saros Cycle’. ‘Saros cycle’ adalah tempoh masa lebih kurang 18tahun, 11 hari, 8 jam yang boleh digunakan untuk menjangka kejadian gerhana matahari dan gerhana bulan. – Wikipedia

Rajah 1: kedudukan orbit planet mengelilingi matahari yang senget. Disebabkan medan magnet matahari, kedudukan orbit mestilah dalam lingkungan medan magnet tersebut, bukanlah linear     pada tengah – tengah matahari

Orbit-orbit planet yang mengelilingi matahari boleh berada dalam mana-mana ruang medan magnet matahari, diapungkan dengan daya electromagnetic, yang mengekalkan level setiap orbit tidak bersilang sesama sendiri. Hal ini boleh dibandingkan dengan model atom dalam kuantum fizik, di mana electron mengelilingi nucleus (proton+ neutron) dalam orbit yang berlainan level. Setiap level orbit ini mempunyai jarak yang berlainan antara satu sama lain dipengaruhi oleh daya electromagnetic dan graviti. Semakin jauh orbit daripada nucleus atom, semakin lemah daya tarikan graviti, dan semakin kuat daya apungan elektromagnetik. Oleh sebab itu, semakin tinggi level sesuatu orbit, semakin jauh jarak orbit itu dengan orbit yang sebelumnya.
Mengapa kita tidak didedahkan dengan teori kecondongan orbit bumi, planet, dan bintang-bintang di alam semesta? Vector peredaran alam semesta, sedikit sebanyak akan mencodongkan arah putaran orbit planet-planet untuk condong. Keadaan ini juga boleh menerangkan dengan lebih meyakinkan teori orbital velocity yang membuatkan orbit bumi berbentuk elliptical, maksudnya, orbit bumi membujur sedikit, bukan berbentuk bulat. Mengikut teori ‘orbital velocity’, kelajuan maksimum yang dicapai bumi adalah pada dua sisi, yang menyebabkan orbit membujur. Bukankah lebih masuk akal sekiranya, ‘orbital velocity’ ini terjadi kerana pada satu titik dalam orbit bumi, bumi akan mengikut vector peredaran alam semesta, yang menyebabkan kelajuan maksimum selari dengan vector tersebut, lalu menyebabkan bentuk elliptical pada orbit bumi.

Untuk penerangan kejadian gerhana bulan dan matahari, kita memerlukan kedudukan bumi, bulan, dan matahari benar-benar selari untuk gerhana berlaku. Jika orbit bumi mengelilingi matahari dan orbit bulan mengelilingi bumi adalah linear atau mendatar, bukankah kejadian gerhana itu akan lebih kerap, kerana sudah pasti pada dalam kitaran masing-masing yang dikatakan mendatar pada 1800, akan kerap terjadi keadaan di mana ketiga-tiga objek ini dalam keadaan selari. Tetapi, mengikut rekod kejadian gerhana yang telah direkodkan sejak zaman berzaman, ternyata kejadian gerhana mengikut satu kitaran yang sekata, atau dikenali sebagai Saros Cycle. ‘Saros cycle’ adalah tempoh masa lebih kurang 18tahun, 11 hari, 8 jam yang boleh digunakan untuk menjangka kejadian gerhana matahari dan gerhana bulan – Wikipedia. Pada hemat penulis, keadaan saros cycle ini akan lebih masuk akal sekiranya orbit-orbit matahari, bumi, dan bulan bersifat condong (tilted), dan ketiga-tiganya akan bersilang dalam satu tempoh masa yang sekata. 

DARIPADA DEDUKSI YANG TELAH DILAKUKAN, TEORI KECONDONGAN ORBIT BUMI, MATAHARI, BULAN DAN LAIN-LAIN OBJEK DI ALAM SEMESTA INI LEBIH MEYAKINKAN UNTUK MENERANGKAN FENOMENA ‘TILTING OF EARTH AXIS’, ‘ORBITAL VELOCITY’, KEJADIAN EMPAT MUSIM, DAN KEJADIAN GERHANA. Mengapa ada pihak yang menyorokkan teori ini? Walaupun tidak dijadikan sebagai fakta, tetapi tiada langsung pihak yang memberi pandangan tentang kmungkinan kecondongan orbit bumi. Seolah-olah semua manusia menerima fakta bahawa bumi condong sebanyak 23.40 kerana pada awal kejadian, terdapat asteroid yang melanggar bumi, dan menyebabkan bumi condong pada paksinya, atau bumi condong disebabkan kutub utara mempunyai banyak ais yang mencodongkan bumi semasa putarannya. Penerangan-penerangan tersebut langsung tidak masuk akal! Bagaimana tiada langsung saintis yang terfikir atau menemukan inferens bahawa orbit bumi itu sebenarnya yang condong? Lalu saya mengandaikan (walaupun ‘andaian’ ini tidak disokong dengan dokumen atau penemuan rasmi) bahawa, ada pihak yang sengaja menutup teori ini daripada menjadi perbincangan umum, KERANA MEREKA BERTUJUAN UNTUK MENUTUP PENEMUAN BAHAWA BENUA ANTARTIKA ADALAH GARIS TENGAH (EQUATOR) BUMI, DAN KITA BARU MENJELAJAH SATU HEMISFERA BUMI SAHAJA, SATU HEMISFERA YANG LAIN KEKAL MISTERI


sumber rujukan:
1-      Deanna Corners (Environment Scientis who hold a Ph.D in Toxicology and M.S Environmental Studies) dalam artikelnya ‘Why Earth has 4 Seasons’ bertarikh 20 September 2016
Wikipedia – Saros cycle, HANE, solar eclipse, expansion of the universe theory, big bang theory, bernoulli’s principle, Newtons Law, Hubble’s Law, Einstein relativity theory

PEREDARAN ALAM SEMESTA BUKAN LINEAR, SEBALIKNYA BEREDAR SECARA SENGET ‘TILTED’ MENGIKUT BENTUK ‘FUNNEL’

Berdasarkan hujah saya di artikel sebelum ini, alam semesta ini beredar, ‘expanding’ dari titik asal permulaannya. Apabila beredar, sudah pasti pergerakan bumi, matahari dan planet lain bergerak ke hadapan secara senget / ‘tilted’ dalam sudut tertentu kerana dipengaruhi oleh daya vektor peredaran alam semesta. Ini adalah satu fakta yang sangat penting, kerana fakta ini seperti diselindungi oleh pihak tertentu. Mengikut NASA, bumi bergerak dalam orbitnya mengelilingi matahari dalam keadaan senget ‘tilted’ 23.50 pada paksinya. NASA mendakwa kejadian bumi senget ini adalah kerana pada awal kejadian alam semesta, batu asteroid telah melanggar bumi lalu menyebabkan bumi senget. Penulis merasakan penerangan ini adalah kelakar dan tidak masuk akal! Seorang saintis Deanna Corners (Environment Scientis who hold a Ph.D in Toxicology and M.S Environmental Studies) dalam artikelnya ‘Why Earth has 4 Seasons’ bertarikh 20 September 2016, mengatakan bahawa bumi ini senget kerana apabila bumi berputar pada paksinya, disebabkan kutub Utara mengandungi jisim ais yang berat, maka lama kelamaan bumi akan senget. Analoginya adalah seperti sebiji bola dilekatkan gula-gula getah di atasnya, dan dibiarkan berputar. Lama kelamaan bola itu akan senget disebabkan berat gula-gula getah itu. Tetapi, bagaimana pula dengan kutub selatan? Bukankah kutub selatan juga mengandungi jisim ais yang sepatutnya sama seperti kutub Utara? Tambahan pula seperti yang diketahui jika Antartika adalah di kutub Selatan, maka sudah pastilah jisim aisnya lebih besar daripada arktik, manakan pula bahagian utara boleh menjadi senget? Sepatutnya bumi tidak senget disebabkan kutub selatan berkali-kali ganda lebih berat daripada kutub utara, yang menstabilkan pusat graviti bumi, lalu mengelakkannya daripada senget. Jelas pandangan daripada saintis ini amat lemah untuk dibuktikan kebenarannya.

Jadi, apakah benar dakwaan NASA bahawa bumi senget 23.50 pada paksinya? Penulis ingin memandang fakta ini dari 'sudut' yang berlainan. Sungguh picisan apabila pihak NASA membuat cerita yang kononnya asteroid telah menghentam bumi lalu menyebabkannya senget. Jawapan penulis adalah sebenarnya bumi ini tidak senget, malah sentiasa menghadap ke arah bintang ‘Polaris’ sambil berputar pada paksinya. Tetapi penerangan yang memuaskan dan boleh diterima akal adalah bahawa orbit bumi mengelilingi matahari adalah senget sebanyak 23.50, disebabkan vektor daya yang mengerakkan alam semesta ini yang sedang beredar menjauhi titik permulaan / black hole. Vektor peredaran alam semesta ini turut mempengaruhi orbit planet-planet lain, bulan, matahari, dan bintang-bintang untuk senget selari dengan arah peredaran alam semesta. Penerangan adalah seperti gambar di bawah

Rajah 1: Penerangan tentang mengapa bumi dikatakan senget 23.50 berbanding matahari. Sebenarnya, orbit bumi yang senget seiring dengan vector peredaran alam semesta. Kecondongan orbit juga terjadi kepada planet-planet lain, bintang-bintang, dan bulan kerana dipengaruhi oleh daya vektor yang menggerakkan alam ini.

Mengapakah keadaan di atas terjadi, kerana seperti yang dinyatakan sebelum ini, tarikan graviti dari pusat permulaan ‘big bang’ menjadi semakin lemah apabila jarak objek semakin jauh, seperti yang telah dirumuskan oleh Sir Isaac Newton, ‘gravity is inversely proportional to the distance’. Oleh kerana itu alam semesta ini semakin mengembang seperti bentuk trumpet (lebih tepat). Pergerakan objek juga semakin laju apabila menjauhi pusat permulaan. Jadi tidak logiklah jika objek-objek di alam semesta ini bergerak dalam keadaan linear atau orbitnya lurus 1800, kerana vector dalam peredaran alam ini adalah senget semakin mengembang.


Jadi, apakah kepentingan kepada teori ini? Perhatikan betul-betul gambarajah di bawah:

Rajah 2: gambaran menunjukkan keadaan musim panas dan musim sejuk di Artik dan Antartika (equator) disebabkan orbit bumi condong 23.50 menghadap matahari.

ayat dalam text box:

Pada bulan Jun, Kutub Utara mengalami musim panas (summer solstice), dan mengalami 24jam siang sepanjang musim panas. Manakala Antarktika mengalami  musim sejuk dan 24jam malam selama lebih kurang 2 minggu.

Pada bulan Disember, Kutub Utara mengalami musim sejuk (winter solstice), dan mengalami 24jam malam selama 3 bulan. Manakala Antarktika mengalami  musim panas dan 24jam siang selama lebih kurang 2 minggu
       
       Equinox. Tempoh siang dan malam adalah sama untuk semua tempat di hemisfera kita

Penulis telah pun melakukan eksperimen dengan menggunakan bola sebagai bumi, dan lampu mentol sebagai matahari. Disebabkan orbit bumi yang condong 23.50, kejadian 4 musim dapat dibandingkan dengan realiti, dan adalah tepat dari segi anggaran tempoh malam dan siang, jika Antartika adalah garis tengah bumi (equator).  Jelas bahawa hujah yang dikemukakan oleh penulis adalah lebih logik dan diterima berserta eksperimen dalam menerangkan kejadian 4 musim, dengan berpaksikan bahawa orbit bumi mengelilingi matahari adalah condong 23.50 seiring dengan vektor pergerakan alam semesta. Daripada penerangan ini, Antarktika wajib berada di garis tengah (equator) bumi.

Sumber rujukan tempoh malam dan siang di Arktik adalah www.pmel.moaa.gov, manakala rujukan tempoh malam dan siang Antarktika adalah www.antarctica.gov.au.

PEMBUKTIAN GEOMETRI SPIRAL ALAM SEMESTA

        Melalui perenggan sebelum ini, penulis menyatakan bahawa objek-objek di dalam alam semesta (berbentuk ‘funnel’) bergerak dalam bentuk spiral. Apakah bukti kepada kenyataan ini? Buktinya adalah melalui penyelidikan yang telah dibuat oleh ahli astronomi dan ahli falak. Berpegang kepada teori ‘heliocentric’ yang menyatakan bahawa bumi berdedar mengelilingi matahari, kita perhatikan contoh berikut. Sepanjang masa dalam setahun, para pencerap bintang telah memerhatikan bahawa terdapat satu bintang yang sentiasa berada di utara langit. Bintang ini disebut ‘North Star’ atau ‘Polaris’ yang dijadikan panduan nakhoda yang belayar di lautan pada waktu malam. Dalam manuskrip melayu juga ada menyatakan perihal Bintang Utara ini yang menjadi rujukan kepada ahli pelayaran Melayu satu ketika dahulu. Malah pada ketika itu, pelayar-pelayar dapat membuat satu jadual buruj, yang menentukan arah perjalanan mereka, contohnya buruj Pari, hujungnya sentiasa menghala ke arah selatan. Dalam petua generasi lama Terengganu dalam meramal musim tengkujuh, pelayar dahulu telah membuat pemerhatian bahawa Bintang Tujuh akan muncul pada permulaan musim tengkujuh, yang terjadi setahun sekali. Jadi ini menunjukkan dua perkara penting, pertama, Bumi sentiasa menghadap ke satu arah, iaitu kea rah bintang Utara yang boleh dilihat sepanjang tahun. Kemunculan sesuatu jenis bintang pada masa yang sama setiap tahun, menunjukkan bumi sedang beredar dalam satu bentuk kitaran yang sama dalam tempoh setahun. Ini juga boleh diperhatikan dalam pemerhatian bintang zodiac, yang semuanya berjumlah 12 zodiak, diperhatikan dalam tempoh berlainan sepanjang tahun. Ini lebih tepat menunjukkan bumi beredar dalam bentuk bulat yang membolehkan zodiac-zodiak tersebut muncul dalam satu kitaran. Jika bumi beredar ke kiri dan ke kanan dalam garis lurus, tidak mungkin kerana apa yang akan terjadi ialah selepas zodiac ke 12, akan kelihatan kembali zodiac ke 11, kerana bumi berpatah balik ke arah sebelumnya. Akan tetapi yang terjadi adalah selepas zodiac ke 12, zodiac pertama pula yang kelihatan. Ini menunjukkan bumi berputar pada paksinya dan membuat satu pusingan (orbit) mengelilingi matahari.


Rajah 1: Gambaran kedudukan bumi, matahari, bintang Polaris. Bumi sentiasa menghadap ke arah Polaris

Semua objek dalam alam semesta bergerak dalam geometri spiral, menjauhi titik asal ‘big bang’. Bintang-bintang termasuk matahari juga bergerak dalam geometri yang sama. Oleh itu, bolehlah dianggarkan bahawa polaris merupakan bintang yang berada paling tengah dalam pusingan semesta. Oleh itu, ia akan sentiasa kelihatan di arah Utara. Apabila bumi bergerak dalam orbitnya mengelilingi matahari yang juga bergerak dalam orbitnya, zodiac yang jaraknya lebih dekat akan muncul pada tempoh yang berlainan sepanjang tahun sejajar dengan pergerakan bumi, matahari dan bintang- bintang tersebut.

Mari kita meneliti sejarah. Sekitar tahun 1600an, terjadi perdebatan besar antara dua golongan ilmuwan yang memperjuangkan ideology yang berbeza tentang alam semesta. Golongan pertama adalah golongan yang memperjuangkan teori bahawa bumi adalah pusat alam semesta dan objek yang lain beredar mengelilingi bumi, digelar sebagai teori ‘Geocentric’. Golongan ini berpegang kepada ‘Aristotelian Physics’ dan mereka adalah ahli dalam ‘Theological Advisory Comittee’.(sumber http://muse.tau.ac.il/~vrmus.) Mereka berpegang kepada falsafah Aristotle bahawa bumi ini adalah pusat alam semesta. Manakala golongan satu lagi adalah golongan yang memperjuangkan teori ‘Heliocentric’ yang mengatakan bahawa bumi beredar mengelilingi matahari, digelar juga sebagai golongan ‘Copernican’. Galileo adalah antara saintis yang memperjuangkan teori ‘Heliocentric’ ini. Pelbagai hujah telah diutarakan, yang akhirnya membawa kepada keputusan pada waktu itu yang menolak teori Heliocentric. Dalam satu perdebatan, Galileo gagal membuktikan bahawa pergerakan bumi mengelilingi matahari akan menunjukkan fenomena ‘Parallax’. Mengikut ‘Copernican ‘, secara teorinya, perbezaan antara musim panas dan musim sejuk menggambarkan diameter orbit bumi. Jadi jika satu bintang yang tetap dicerap dari bumi, sepatutnya, bintang itu dilihat dari sudut yang bertentangan pada musim sejuk dan musim panas. Contohnya,pada musim panas (katakan bulan Jun), bintang X dilihat melalui teleskop dari satu tempatakan memberi sudut 450.. Secara teorinya, jika bumi mengelilingi matahari, pada kedudukan bumi bertentangan dengan cerapan yang pertama tadi pada musim sejuk (bulan Dec), bintang itu sepatutnya dilihat pada sudut 1350 dari tempat yang sama. Tetapi, pemerhatian ini gagal dibuktikan oleh Galileo. Fenomena ‘Parallax’ gagal dibuktikan. Lalu Galileo dijatuhi hukuman oleh pihak gereja yang berkuasa pada ketika itu. Namun, dalam abad ke 19, fenomena ‘parallax’ diperhatikan pada tahun 1838, 300 selepas perdebatan Galileo, tetapi sudut perbezaannya adalah sangat kecil berbanding apa yang dijangkakan (tidak bertentangan) yang juga tidak membuktikan teori ‘parallax’ yang dicadangkan oleh Galileo.

 Rajah 2: pergerakan bumi pada orbit, berbanding dengan bintang tetap


Rajah 3: sudut pandangan yang dianggarkan oleh Galelio pada bulan Jun dan Dis

Rajah 2 dan rajah 3 menerangkan fenomena ‘parallax’ yang dijangkakan terjadi kerana bumi mengorbit matahari dalam tempoh 365 hari. Namun, apa yang dijangkakan oleh Galileo seperti di atas tidak terjadi. Sebaliknya dengan kemajuan teknologi teleskop yang lebih canggih, ahli astronomi dapat melihat perubahan sudut pandangan pada satu bintang pada ketika bumi berada pada diameter yang bertentangan. Namun, perubahan sudut ini hanyalah kecil, tidak seperti jangkaan Galelio yang mengatakan bahawa bintang tersebut akan dilihat pada sudut yang bertentangan dalam masa 6 bulan. Mengapakah kegagalan teori ini terjadi? Jawapan penulis adalah kerana bintang tersebut, bersama matahari dan bumi turut beredar dalam bentuk spiral (dalam orbit masing-masing) menjauhi titik asal, seperti penerangan gambar di bawah:

 
Bintang yang diperhatikan dari bumi turut bergerak dalam orbitnya dalam kelajuan yang hampir sama dengan peredaran matahari pada orbitnya. Disebabkan itu, fenomena parallex tidak dapat diperhatikan, namun perubahan sudut pandangan mungkin dicatatkan seperti penerangan rajah 4.

Rajah 4: Penerangan mengapa ‘parallax tidak diperhatikan disebabkan bintang tersebut turut sama beredar dalam orbitnya sendiri. Fenomena ‘parallax’ seperti yang dicadangkan Galileo hanya boleh berlaku sekiranya bintang itu statik pada satu kedudukan sahaja.

Melalui hujah-hujah di atas, disimpulkan bahawa alam semesta termasuk bumi, matahari, bulan dan lain-lain beredar dalam bentuk 'funnel' sejajar dengan pengembangan alam semesta semenjak saat pertama 'big bang' berlaku. Pergerakan isi kandungan alam semesta ini adalah selari pada kelajuan cahaya (constant) yang mampu menerangkan fenomena 'parallax' , penjadualan zodiak, penetapan polaris, dan menyumbang kepada ilmu pelayaran Melayu yang berpandukan kepada bintang-bintang di langit untuk menjangkakan musim-musim.



sumber rujukan:
1-      http://muse.tau.ac.il/~vrmus berkenaan perdebatan antara golongan ‘geocentric’ vs ‘heliocentric’
     wikipedia – Saros cycle, HANE, solar eclipse, expansion of the universe theory, big bang theory, bernoulli’s principle, Newtons Law, Hubble’s Law, Einstein relativity theory