Hi, to those visitors who do not understand malay language, welcome to my blog. Actually here, i posted about a original hypothesis that came through my observation and questioning to the theories about our universe.
My hypothesis is that the Earth's orbit is tilted 22 - 24 degree relatives to the Sun and the upper part of it is always facing the Polaris (North stars). It is contradicted to the fact that Earth axis is tilted 22 -24 degree as been told to us and what caused the earth axis tilting? Some of the guess was due to asteroid hit the Earth long long time ago hence making the axis tilt. Other guess was due to the massive ice on north pole, the earth axis slowly tilted , then stopped tilting at 23 degree???
Due to above relatively weak guesses about the Earth axis tilting, i tried to think deeper and came with a hypothesis, which for me is more acceptable. Tilting of the Earth relative to the Sun is important because it determines the four seasons that we are experiencing. The question is WHAT CAUSES THE TILTING?
As we know there are forces that make the Universe expanding. Those are:
1 - Gravity - from the strongest gravity that may be at the source of the Big Bang, to the gravity between each planets and space objects, gravity somehow is a strong force that influence the movements of objects in this universe.
2 - Electromagnetic forces
3 - Dark Matter - it is a mysterious force that strongly believed to move the universe.
4 - Light speed - After the Big Bang, light is a mass that move the universe forward hence, maybe responsible for the time and space dimension.
So, lets be firm with the fact that the Universe is expanding, and moving with the influences of the above stated forces. THE SUM OF THE FORCES WILL RESULTS IN A VECTOR THAT MOVE THE UNIVERSE IN ITS EXPANSION.
Hence, is it logical if the Earth orbit around the Sun is actually a plane orbit ( 0 / 180 degree to the Sun)?? though there is a VECTOR that move the universe in expansion?
Could THE VECTOR VALUE IS 22 - 24 DEGREE? SO OUR UNIVERSE IS ACTUALLY EXPANDING IN THIS VECTOR DIRECTION.
SO THE PLANETS ORBIT CANNOT BE STATICALLY PLANE / 180 DEGREE TO THE SUN. IT MUST FOLLOW THE VECTOR. THE ORBIT MUST TILT IN THE DIRECTION OF THE VECTOR.
EARTH ORBIT IS TILTED 22 - 24 DEGREE IN THE DIRECTION OF THE VECTOR OF THE UNIVERSE EXPANSION.
BUT THE EARTH AXIS WILL ALWAYS POINTING TO THE POLARIS, WHICH IS MILLIONS LIGHT YEARS AHEAD OF EARTH IN THE UNIVERSE EXPANSION.
So, what is so important about this?
If Earth is orbiting the Sun in a tilted orbit, then only half of the Earth surface is suitable for life. The other hemisphere will become the DARK SIDE OF THE EARTH. Antarctica is the EQUATOR of the Earth, hence it is the largest continent on Earth.
The shocking consequence if the hypothesis is true is WE ACTUALLY LIVE IN EITHER HEMISPHERES OF THE EARTH, WHILE THE OPPOSITE HEMISPHERE REMAINS A MYSTERY TO US.
Can we see the Dark Side of The Moon??
Is there another moon orbiting Earth ? Hence the effect of water tide?
So, let end it here for now. Please be reminded that this is only my Hypothesis. It may not be true, but it is interesting to think of it..
Terima kasih,
Thank you
Penjejak Naga
March 2018
MISTERI PLANET BUMI / TWO FACES OF EARTH
merungkai rahsia planet bumi dan fenomena yang terjadi ke atasnya melalui hujah-hujah tradisional dan saintifik. Unveil the possible shocking facts of the Earth. DIHARAP PARA PEMBACA MEMBACA MENGIKUT TERTIB, BERMULA DARI PENDAHULUAN AGAR PENULISAN INI TIDAK DISALAH TAFSIRKAN.
Thursday, 1 March 2018
RECAP : OUR SIDE OF EARTH VS DARK SIDE OF EARTH
Selamat bertemu kembali para pelawat blog ini. Di sini saya nak 'recap' semula hipotesis yang saya catatkan dalam artikel-artikel yang lepas. Pendapat ini adalah asli dan tidak pernah didengari di mana-mana. Ia tidak sepopular teori Globe vs Flat earth yang tak sudah-sudah berbahas dengan pendapat, fakta dan emosi.
Di sini penulis menegaskan pendirian menerima konsep Bumi sfera, dan beredar dalam orbitnya tersendiri. Objek-objek di angakasa patuh kepada perintah Allah untuk beredar secara tepat dalam orbit masing-masing. Hatta elektron pun beredar dalam orbit yang tersendiri sambil mengelilingi nukleus (dalam model atom).
Hipotesis penulis adalah seperti berikut:
1) PAKSI BUMI TIDAK CONDONG (22 - 24 DARJAH), SEBALIKNYA ORBIT BUMI YANG CONDONG. UTARA BUMI TETAP MENGHADAP POLARIS.
2) KECONDONGAN ORBIT INI ADALAH DEISEBABKAN DAYA VEKTOR PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA
3) MAKA DISEBABKAN KECONDONGAN INI, ANTARTIKA ADALAH 'EQUATOR' BUMI. TIDAK SALAH LAH BAHAWA ANTARTIKA MERUPAKAN BENUA TERBESAR DI BUMI SEBAB IA ADALAH UKUR LILIT BUMI.
4) KITA MENGHUNI SATU HEMISFERA YANG MENGHADAP MATAHARI, MANAKALA HEMISFERA YANG SATU LAGI TIDAK DIKETAHUI (DARK SIDE). SEPERTI BULAN YANG BOLEH DILIHAT PADA SATU PERMUKAANYA SAHAJA, BEGITU JUGALAH ANDAIAN SAYA TENTANG BUMI.
Lihat bulan mengorbit bumi sambil menghadapkan satu permukaan yang sama ke arah bumi. Begitu juga Bumi mengelilingi matahari pada orbit yang condong (22 -24 darjah) sambil permukaan yang menghadap matahari menerima zat yang cukup untuk kehidupan.
Ini adalah ringkasan, jika anda tertanya-tanya bagaimana saya boleh membuat hipotesis ini, maka bacalah artikel dalam blog ini dari awal sampai yang terkini.
sekian....
Dark matter
dark side of the moon
dark side of the earth.
Tuesday, 9 May 2017
PERKAITAN TEORI 'ANTARTIKA IALAH EQUATOR BUMI' DENGAN MISTERI DUNIA YANG LAIN
Kini telah sampai kepada artikel yang terakhir buat masa kini. Sebelum ini penulis telah mengutarakan beberapa kemungkinan yang mencabar pengetahuan kita pada masa kini. Antara kemungkinannya ialah:
1 - ANTARTIKA ADALAH GARIS TENGAH / EQUATOR KEPADA PLANET BUMI
2 - KITA MENDIAMI SATU HEMISFERA BUMI, MANAKALA SATU LAGI HEMISFERA MASIH MENJADI MISTERI.
3 - PENJELAJAHAN KE ANGKASA MUNGKIN MERUPAKAN PROPAGANDA, SEBALIKNYA, TEKNOLOGI AEROSPACE MUNGKIN DIBANGUNKAN UNTUK PENJELAJAHAN KE HEMISFERA YANG SATU LAGI
Berdasarkan kemungkinan- kemungkinan di atas, beberapa misteri tentang kejadian alam sebelum ini mungkin dapat dicerahkan (teori, bukan fakta). Antaranya adalah:
1- Punca berlaku banjir besar semasa zaman Nabi Nuh A.S.
Manusia sering membahaskan punca berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Di kala itu, hanya Nabi Nuh dan beberapa orang lain dan makhluk-makhluk berpasangan yang terselamat daripada bencana itu, hasil perintah Allah kepada Nabi Nuh untuk membina satu bahtera. Pada hemat saya bahtera tersebut tersangatlah canggih sehingga mampu mengharungi malapetaka yang sangat dahsyat yang di mana semua yang selainnya dikatakan hancur. Bagaimana pula dengan haiwan yang berpasang-pasangan? Kita beranggapan bahawa semua haiwan seluruh dunia dimuatkan ke dalam bahtera Nabi Nuh. Namun, ada juga kemungkinan bahawa teknologi masa itu begitu canggih, termasuk dalam bidang bioteknologi yang memungkinkan maklumat genetik atau DNA setiap spesies di muka bumi ini disimpan dengan rapi di dalam bahtera Nabi Nuh.
Persoalan di sini adalah bagaiman banjir besar itu berlaku. Ada pendapat menyatakan bahawa ia berlaku hasil daripada hentaman meteor yang menghasilkan tsunami yang besar. Pada pandangan penulis, terdapat satu lagi kemungkinan. Andaikan bahawa benua Atartika yang merupakan benua terbesar yang kita ketahui mencair (antartika adalah equator bumi berdasarkan teori yang saya utarakan). Bukankah seluruh hemisfera bumi ini akan tenggelam? Apakah yang boleh menyebabkan Antartika mencair? Ingatkah point saya bahawa alam semesta bersama bumi dan matahari beredar dan berkembang dalam bentuk spiral dan funnel? Akan ada satu titik di mana seluruh isi alam ini akan berubah sudut vektor dalam pusingan spiral tersebut. kejadian ini berlaku dalam banyak pengulangan, mungkin setiap 6000 tahun? Maka ketika itu mungkin berlaku perubahan iklim yang sangat ekstrim lalu boleh mencairkan benua Antartika lalu menyebabkan banjir besar. Apabila alam semesta telah memasuki bahagian spiral yang bertentangan, keadaan kembali stabil, tetapi sudut vektor 23.5 darjah yang saya duk katakan sebelum ini mungkin berubah vektor, mengikut daya pengembangan alam semesta.
Ini cuma pendapat saya, seharusya kebenarannya hanya Allah yang mengetahuinya.
2 - Segitiga Bermuda
Mungkinkah Segitiga Bermuda yang sungguh misteri dan ditakuti itu merupakan laluan atau channel untuk ke hemisfera yang satu lagi? jika dibaca penulisan-penulisan sebelum ini, alat kawalan navigasi, gelombang radio menjadi celaru apabila melalui kawasan tersebut. Mungkinkah ia disebabkan oleh daya magnetik yang begitu kuat?
3 - Teknologi anti graviti
Kita jug pernah terbaca bahawa ada pihak yang sedang membangunkan teknologi anti graviti. Mengapakah teknologi ini dibangunkan? adakah untuk ke angkasa lepas? mungkin juga, tapi apa faedahnya? Penulis beranggapan bahawa jika benar Antartika adalah equator bumi, maka ia adalah kutub kepada medan magnet bumi. kawasan kutub magnet ini merupakan kawasan yang paling kuat daya magnetnya. Adalah mustahil untuk manusia melepasi medan magnet tersebut untuk ke Hemisfera sebelah, melainkan dengan teknologi anti graviti yang sangat canggih , sudah pasti dengan izin Allah.
4- Gereja dan pusat kajian canggih di Antartika
Jika anda melakukan sedikit pembacaan, umum diketahui bahawa terdapat gereja dan pusat penyelidikan yang sangat canggih di Antartika. persoalannya mengapa di Antartika? Bukankah kosnya begitu tinggi. Juga terdapat pengkalan tentera di sana. Pada pandangan penulis, sudah pasti kerana Antartika adalah equator bumi, dan oleh itu ia merupakan sempadan antara dua hemisfera bumi ini. Mungkin banyak lagi rahsia yang disorokkan daripada kita tentang Antartika.
Akhir kalam, apa yang saya tulis ini adalah kemungkinan, bukannya fakta atau teori yang harus diterima umum. Saya cuma ingin berkongsi sedikit pemikiran yang telah saya lakukan. Namun andaikata kemugkinan yang saya utarakan ini terbukti dengan jelas adalah mustahil, maka saya terima dengan adanya.. berbincanglah kita secara ilmiah untuk manfaat bersama, janganlah berpecah - belah kerana hal yang ranting.
Hakikatnya, semua ilmu itu daripada Allah, dan Dia lah yang Maha Mengetahui dan Maha Benar..
ada rezeki....ada lagi sambungan...
1 - ANTARTIKA ADALAH GARIS TENGAH / EQUATOR KEPADA PLANET BUMI
2 - KITA MENDIAMI SATU HEMISFERA BUMI, MANAKALA SATU LAGI HEMISFERA MASIH MENJADI MISTERI.
3 - PENJELAJAHAN KE ANGKASA MUNGKIN MERUPAKAN PROPAGANDA, SEBALIKNYA, TEKNOLOGI AEROSPACE MUNGKIN DIBANGUNKAN UNTUK PENJELAJAHAN KE HEMISFERA YANG SATU LAGI
Berdasarkan kemungkinan- kemungkinan di atas, beberapa misteri tentang kejadian alam sebelum ini mungkin dapat dicerahkan (teori, bukan fakta). Antaranya adalah:
1- Punca berlaku banjir besar semasa zaman Nabi Nuh A.S.
Manusia sering membahaskan punca berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Di kala itu, hanya Nabi Nuh dan beberapa orang lain dan makhluk-makhluk berpasangan yang terselamat daripada bencana itu, hasil perintah Allah kepada Nabi Nuh untuk membina satu bahtera. Pada hemat saya bahtera tersebut tersangatlah canggih sehingga mampu mengharungi malapetaka yang sangat dahsyat yang di mana semua yang selainnya dikatakan hancur. Bagaimana pula dengan haiwan yang berpasang-pasangan? Kita beranggapan bahawa semua haiwan seluruh dunia dimuatkan ke dalam bahtera Nabi Nuh. Namun, ada juga kemungkinan bahawa teknologi masa itu begitu canggih, termasuk dalam bidang bioteknologi yang memungkinkan maklumat genetik atau DNA setiap spesies di muka bumi ini disimpan dengan rapi di dalam bahtera Nabi Nuh.
Persoalan di sini adalah bagaiman banjir besar itu berlaku. Ada pendapat menyatakan bahawa ia berlaku hasil daripada hentaman meteor yang menghasilkan tsunami yang besar. Pada pandangan penulis, terdapat satu lagi kemungkinan. Andaikan bahawa benua Atartika yang merupakan benua terbesar yang kita ketahui mencair (antartika adalah equator bumi berdasarkan teori yang saya utarakan). Bukankah seluruh hemisfera bumi ini akan tenggelam? Apakah yang boleh menyebabkan Antartika mencair? Ingatkah point saya bahawa alam semesta bersama bumi dan matahari beredar dan berkembang dalam bentuk spiral dan funnel? Akan ada satu titik di mana seluruh isi alam ini akan berubah sudut vektor dalam pusingan spiral tersebut. kejadian ini berlaku dalam banyak pengulangan, mungkin setiap 6000 tahun? Maka ketika itu mungkin berlaku perubahan iklim yang sangat ekstrim lalu boleh mencairkan benua Antartika lalu menyebabkan banjir besar. Apabila alam semesta telah memasuki bahagian spiral yang bertentangan, keadaan kembali stabil, tetapi sudut vektor 23.5 darjah yang saya duk katakan sebelum ini mungkin berubah vektor, mengikut daya pengembangan alam semesta.
Ini cuma pendapat saya, seharusya kebenarannya hanya Allah yang mengetahuinya.
2 - Segitiga Bermuda
Mungkinkah Segitiga Bermuda yang sungguh misteri dan ditakuti itu merupakan laluan atau channel untuk ke hemisfera yang satu lagi? jika dibaca penulisan-penulisan sebelum ini, alat kawalan navigasi, gelombang radio menjadi celaru apabila melalui kawasan tersebut. Mungkinkah ia disebabkan oleh daya magnetik yang begitu kuat?
3 - Teknologi anti graviti
Kita jug pernah terbaca bahawa ada pihak yang sedang membangunkan teknologi anti graviti. Mengapakah teknologi ini dibangunkan? adakah untuk ke angkasa lepas? mungkin juga, tapi apa faedahnya? Penulis beranggapan bahawa jika benar Antartika adalah equator bumi, maka ia adalah kutub kepada medan magnet bumi. kawasan kutub magnet ini merupakan kawasan yang paling kuat daya magnetnya. Adalah mustahil untuk manusia melepasi medan magnet tersebut untuk ke Hemisfera sebelah, melainkan dengan teknologi anti graviti yang sangat canggih , sudah pasti dengan izin Allah.
4- Gereja dan pusat kajian canggih di Antartika
Jika anda melakukan sedikit pembacaan, umum diketahui bahawa terdapat gereja dan pusat penyelidikan yang sangat canggih di Antartika. persoalannya mengapa di Antartika? Bukankah kosnya begitu tinggi. Juga terdapat pengkalan tentera di sana. Pada pandangan penulis, sudah pasti kerana Antartika adalah equator bumi, dan oleh itu ia merupakan sempadan antara dua hemisfera bumi ini. Mungkin banyak lagi rahsia yang disorokkan daripada kita tentang Antartika.
Akhir kalam, apa yang saya tulis ini adalah kemungkinan, bukannya fakta atau teori yang harus diterima umum. Saya cuma ingin berkongsi sedikit pemikiran yang telah saya lakukan. Namun andaikata kemugkinan yang saya utarakan ini terbukti dengan jelas adalah mustahil, maka saya terima dengan adanya.. berbincanglah kita secara ilmiah untuk manfaat bersama, janganlah berpecah - belah kerana hal yang ranting.
Hakikatnya, semua ilmu itu daripada Allah, dan Dia lah yang Maha Mengetahui dan Maha Benar..
ada rezeki....ada lagi sambungan...
KEMUNGKINAN SETERUSNYA: KEDUDUKAN SATELIT DAN IMEJ BUMI YANG DIAMBIL ADALAH CUMA SEBAHAGIAN DARIPADA HEMISFERA BUMI
Pada
bahagian ini, penulis ingin menjawab beberapa persoalan mengenai satellite yang
terletak kira-kira 300km dari permukaan bumi. Lapisan atmosfera bumi terdiri
daripada pelbagai lapisan seperti yang diterangkan sebelum ini. Lapisan-lapisan
ini bolehlah digambarkan seperti orbit atau petala yang dihuni oleh electron
dalam model atom kuantum fizik. Berdasarkan penemuan Isaac Newton bahawa
graviti berkadar songsang dengan jarak, maka hypotesisnya ialah semakin jauh
sesuatu objek dari pusat graviti, semakin lemah daya graviti yang bertindak ke
atasnya. Lapisan-lapisan atmosfera adalah peringkat-peringkat orbit yang wujud
di atmosfera bumi. Semakin tinggi peringkat lapisan atmosfera tersebut, semakin
lemah daya graviti yang bertindak terhadapnya.
Di
laman web www.nytimes.com, tajuk berita
utama ‘ Japan’s New Satellite Captures an Image of Earth Every 10 Minutes, by
Derek Watkins, July 10, 2015’. Kita boleh melihat gambar-gambar bumi yang
diambil daripada satelit tersebut dicantumkan membentuk seperti sebuah video.
Pada pergerakan gambar tersebut, perhatikan garis yang memisahkan siang dan
malam pada hemisfera bumi. Garis tersebut condong ke kanan dan ke kiri secara
uniform. Mengapakah imej sebegitu boleh terjadi? Ingat bahawa satelit tersebut
mengambil gambar selang 10 minit. Memandangkan ia bergerak dalam orbit
atmosfera, maka imej yang diambil pada bahagian orbit yang bertentangan apabila
dicantumkan menghasilkan garis pemisahan malam/siang yang condong ke kanan dan
ke kiri secara konsisten. Sebenarnya garis tersebut tidak bertukar arah, Cuma
gambar-gambar tersebut diambil dari bahagian orbit yang bertentangan lalu,
dengan menjadikan imej bumi sebagai konstan, garis siang/malam tersebut dilihat
seperti berubah kecondongan ke kiri dan ke kanan. Imej yang diambil oleh
satelit tersebut juga tidak merangkumi keseluruhan bumi. Kita dapat lihat
bahawa pada bahagian utara, Cuma sebahaian daripada Rusia sahaja yang berada
dalam imej, manakala Arctic (Kutub Utara) tidak kelihatan. Begitu juga pada
bahagian yang lebih Selatan, cuma sebahagian daripada Antartika berjaya
dirakam. Mungkinkah juga disebabkan limitasi kepada imej yang dirakamkan, orbit
pada atmosfera bumi juga condong sebanyak 23.50 selari dengan vektor pengembangan alam semesta seperti yang penulis nyatakan sebelum ini?
Perhatikan rajah dibawah.
Kesimpulannya,
satellite kekal mengelilingi atmosfera bumi pada satu tahap orbit, berada dalam
keadaan jatuh bebas ‘free fall’ yang menampakkan angkasawan seolah-olah
terapung di dalam ISS. Gambar-gambar yang diterbitkan oleh ISS dan satelit lain
juga mempunyai batasan, kerana disebabkan ia beredar mengikut orbit yang tetap,
ia hanya mampu mengambil imej bumi sehingga sudut maksimum kamera satelit
tersebut di dalam orbitnya. Kebanyakan imej tidak menunjukkan Antartika sebagai
Kutub selatan bumi!. Terdapat dakwaan juga yang mengatakan
bahawa satellite atau kamera tidak boleh menahan keadaan di luar atmosfera bumi
yang mempunyai kadar radiasi yang ekstrim. Kamera juga mungkin tidak dapat
merakamkan gambar bumi, marikh, Musytari dan planet-palnet lain, kerana keadaan
fizik sekeliling yang sangat-sangat berbeza daripada bumi. Bagaimana pula
mereka mengawal robot yang dihantar ke marikh atau bulan sedangkan gelombang
kawalan yang dihantar perlu menembusi ‘Van Allen radiation belt’ yang sangat
kuat dan kemungkinan besar menghapuskan gelombang maklumat yang dihantar NASA
kepada robot yang dikatakan dihantar ke bulan tersebut. Tetap ada kemungkinan walaupun bukanlah fakta yang sahih bahawa selama ini penjelajahan ke angkasa lepas hanyalah satu propaganda dan ilusi. Segaa teknologi yang dibangunkan mungkin juga bertujuan untuk membolehkan manusia menjelajah ke hemisfera bumi yang satu lagi yang kekal misteri...mungkin...
Rajah 1: kedudukan satellite pada lapisan thermosfera bumi. Pandangan daripada
satellite tersebut hanya mampu melihat hemisfera bumi yang kita duduki, dengan
Antartika sebagai equator. Hemisfera satu lagi kekal tersembunyi, walaupun dari
imej satellite.
Satellite sememangnya sebuah teknologi yang hebat yang digunakan untuk
kelancaran komunikasi dan sistem GPS, nerkaloborasi dengan pemancar pada
permukaan bumi. Ketinggian International Space Station (ISS) adalah pada tahap thermsfera kira-kira 300km dari
permukaan bumi. Pada ketinggian tersebut, daya tarikan graviti adalah lemah, F
= 1/n4 (n adalah peringkat lapisan atmosfera). Oleh itu, ISS
berupaya untuk mengekalkan kedudukannya pada ketinggian tersebut selama
bertahun-tahun tanpa memerlukan bekalan bahan api, kerana ia sebenarnya berada
dalam keadaan jatuh bebas (free fall) dan kelajuannya mengikut kelajuan putaran pada orbit atmosfera
tersebut. Begitu juga dengan angkasawan yang berada di dalam ISS, dilihat
seperti terapung, pada hakikatnya mereka berada dalam keadaan jatuh bebas,
relatif kepada ISS.
Anda boleh melayari laman web http://www.n2yo.com/space-station/ untuk melihat imej yang dirakam secara langsung dari ISS.
Secara jelasnya, Antartika dilihat sebagai kawasan terbesar dalam imej yang
dipancarkan. Ini menguatkan lagi dakwaan penulis bahawa Antartika adalah
‘equator’ bumi, dengan keupayaan satellite untuk mencerap bumi daripada
bahagian hemisfera yang kita duduki sahaja.
Daripada rajah-rajah di atas, bolehlah dibandingkan dengan dapatan imej
yang dipaparkan dalam laman web berkenaan. Amat bersesuaian sekali jika
penerangan bagaimana imej-imej tersebut diambil adalah dari kedudukan satelit
seperti di atas.
PERUBAHAN DUNIA SELEPAS OPERASI ‘HIGHJUMP’
Selepas
era penjelajahan ke Antartika, beberapa perubahan major telah berlaku di
hemisfera kita. Pada tahun 1957, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui
‘Antarcti Treaty’ telah mewartakan bahawa Antartika adalah kawasan larangan.
Perjanjian itu ditandatangani sepenuhnya pada tahun 1959.
Pada
tahun 1957 juga, tercetus propaganda terbesar iaitu program penjelajahan
angkasa lepas. Dua kuasa besar dilihat sebagai bersaing dalam perkara ini
dengan Rusia melancarkan satellite pertama yang diberi nama Sputnik pada tahun
tersebut. Setahun kemudian, AS menubuhkan NASA, dan berlakulah propaganda
penjelajahan manusia ke bulan, penghantarn satellite ke Marikh, perniagaan
satellite, dan lain-lain agenda yang diteruskan sehingga ke hari ini.
Pada
tahun 1958, AS dan Soviet Union telah melakukan misi untuk mengebom langit
dengan menggunakan kuasa nuclear. Operasi ini dinamakan HANE (High Altitude
Nuclear Explosion) yang berterusan selama empat tahun sehingga 1962. Program ini
merupakan ‘Top Secret’ selama 50 tahun, namun menjadi umum sejak tahun 2012.
Kesimpulan daripada program nuclear tersebut merumuskan bahawa LANGIT TIDAK BOLEH
DITEMBUSI WALAUPUN DENGAN KUASA NUKLEAR. – https://en.m.wikipedia.org/wiki/High-altitude_nuclear_explosion
Sebagai kesimpulan, penulis beranggapan bahawa hasil
daripada penemuan di Antartika pihak penguasa dunia telah melancarkan beberapa
langkah untuk membendung rahsia di sebalik Antartika daripada diketahui umum
dengan menjadikan Antartika sebagai kawasan larangan, memulakan propaganda
penjelajahan angkasa lepas untuk memesong perhatian umum, dan melakukan program
nuclear untuk menembusi langit bumi yang ternyata gagal. Jadi, bukalah mata anda,
dan berfikir sejenak, adakah kebarangkalian benar dakwaan penulis bahawa Antartika adalah ‘equator’
bumi, dan kita sebenarnya menghuni cuma satu hemisfera bumi, manakala hemisfera
yang satu lagi kekal misteri? Masuk akal bukan?
OPERASI HIGHJUMP – MUNGKIN BUKTI ANTARTIKA ADALAH EQUATOR BUMI
Manusia
secara fitrahnya diselubungi oleh perasaan ingin tahu, yang mendorong manusia
menjelajah ke serata pelosok dunia untuk merungkai misteri-misteri alam yang
dipinjamkan ini. Dua kawasan yang paling jarang dijelajahi manusia adalah
kawasan Kutub Utara atau Arctic dan juga benua Antarctika. Di dalam era yang
moden ini, penjelajahan ke dua hujung dunia ini didahului oleh pihak Amerika
Syarikat yang mempunyai teknologi ketenteraan yang canggih. Sejurus selepas
perang dunia kedua berakhir, pihak Amerika telah mendahului negara-negara lain
dalam misi penjelajahan ke Arctic dan Antarctica. Berdasarkan artikel “The United States Navy Antarctic
Development Project 1945 – 1947” dilaporkan oleh RADM Richard E. Byrd (USN
Ret.) - Officer in Charge TASK FORCE 68 dan RADM Richard H. Cruzen, USN,
Commander TASK FORCE 68. Pada tahun 1945 – 1946, pihak tentera Amerika
telah melancarkan dua operasi penjelajahan ke Kutub Utara, dinamakan ‘Operation
Frostbite’ dan ‘Operation Nanook – May 1946’. Tujuan penjelajahan ini adalah
untuk memahami muka bumi Kutub Utara, memetakan kawasan tersebut, melatih
survival pasukan tentera untuk hidup dalam keadaan iklim yang ekstrim, meletakkan
markas ketenteraan Amerika di kawasan Kutub Utara, dan tujuan-tujuan yang lain.
Berdasarkan rekod pengembaraan mereka, operasi ini dihentikan sebelum mencapai
TITIK PALING UTARA di kawasan Arctic. Alasan yang dinyatakan dalam artikel tersebut
adalah kerana mereka memikirkan bahawa keadaan iklim di bahagian yang lebih
utara di Arctik adalah tidak terlalu ekstrim untuk latihan ketenteraan. Adakah
benar kenyataan tersebut? Seperti yang diketahui bahagian paling Utara Arctik
adalah bahagian yang paling ekstrim iklimnya di bahagian Kutub Utara, dan
hamper tiada hidupan yang mendiami kawasan tersebut. Pada penulis,kenyataan
tersebut menimbulkan keraguan, kerana seolah-olah pihak tentera laut Amerika
dengan mudah menghentikan pengembaraan mereka di Arctik tanpa alasan yang
munasabah. Kenyataan tersebut menimbulkan persoalan adakah mereka membatalkan
misi tersebut disebabkan oleh keadaan yang terlampau ekstrim yang mustahil
untuk dilalui oleh manusia? Seperti penerangan penulis sebelum ini bahawa
kawasan paling utara di Arctik adalah kawasan yang paling kuat medan magnetiknya
sehingga menyebabkan navigasi di kawasan tersebut adalah mustahil dan sangat
berbahaya. Oleh itu, mereka membatalkan penjelajahan tersebut, yang tidak
mengambil masa begitu lama, kerana saiz Arctic yang tidaklah begitu besar.
Pada
Disember 1946, pihak Tentera Laut Amerika telah melancarkan operasi
besar-besaran untuk menjelahi Benua Antartika,iaitu ‘Operation High Jump’
diketuai oleh Admiral Richard E. Byrd. Operasi tersebut telah dijalankan dengan
beberapa syarat. Pertama, mereka tidak membenarkan penglibatan pemerhati asing
dari negara-negara lain. Kedua, operasi tersebut juga tidak melibatkan
pengaturan hubungan diplomatic Amerika dengan negara lain. Ini bermaksud,
negara lain tidak boleh terlibat dalam operasi tersebut untuk kepentingan masing-masing.
Sebelum operasi tersebut dijalankan Antartika telah menjadi rebutan beberapa
buah negara iaitu British, France, Norway, Chile, Argentina, Australia, dan New
Zealand. Disebabkan tekanan politik oleh negara-negara tersebut, operasi
HighJump hampir dibatalkan oleh presiden Amerika pada ketika itu, Hary Truman. Syarat
yang ketiga ialah kebanyakan tentera yang telah menyertai operasi-operasi di
Kutub Utara tidak dibenarkan menyertai Operasi HighJump. Mengapa? Adakah akan
lebih berkesan sekiranya sekumpulan askar yang telah mempunyai pengalaman di
Kutub Utara untuk menjalankan misi ke Antartika? Bukankah mereka berkata bahawa
keadaan di Artik tidak terlampau ekstrim untuk melatih tentera? Jadi lebih baik
askar-askar tersebut dibawa pula ke Antartika untuk berlatih di Antartika.
Pelik bukan? Pada pandangan penulis, pihak atasan Amerika ingin menyembunyikan
sesuatu, oleh itu mereka tidak membenarkan askar yang telah hidup di kawasan
kutub Utara untuk ke Antartika kerana Antartika bukanlah sebuah kutub, tetapi
merupakan garis tengah / ‘equator’ bumi! Sudah pasti keadaan berbeza antara dua
tempat tersebut, sedangkan jika kedua-dua adalah kawasan kutub, sudah pasti
tidak banyak perbezaan antara Artic dan Antartika.
Tujuan
penjelajahan Antartika yang dinyatakan dalam artikel tersebut ialah untuk
meletakkan markas tentera Amerika, kajian saintifik (‘aerological measurement – synoptical observation, radar meteorology,
intensity of solar radiation), ‘terrestrial
magnetic observation’, ‘aerial geological studies (prospecting for atomic
energy source materials), cosmic study’.
Kekuatan
ketenteraan yang dihantar untuk menjayakan operasi ini jauh lebih besar
daripada operasi di Arctic. Ini satu lagi perkara yang menimbulkan persoalan
kepad penulis. Pihak atasan tentera Amerika telah mengerahkan 13 kapal perang,
4700 orang tentera yang belum menyertai operasi di Kutub utara sebelum ini, dan
29 pesawat penerbangan. Mengapakah begitu besar armada yang dikerahkan untuk
penjelajahan di Antartika? Sudah pasti adalah kerana Antartika adalah ‘equator’
bumi yang mempunyai keluasan paling luas, merangkumi lilitan garis tengah bumi.
Disebabkan saiz Antartika yang sangat besar, pasukan ini telah dibahagikan
kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan Timur, Tengah, dan Barat. Setiap kumpulan
akan menjelajah sebahagian daripada Antartika seperti yang telah ditetapkan,
dan penemuan mereka akan digabungkan untuk dijadikan laporan lengkap. Pelik
bukan, jika antartika adalah kutub selatan bumi seperti Artik yang merupakan
Kutub utara bumi, sudah pasti keadaan iklim dan keluasan kedua-dua kawasan ini
adalah hampir sama. Tetapi seperti yang kita tahu Antartika adalah benua
terbesar di dunia. Adalah lebih logik sekiranya kawasan yang terbesar di bumi
adalah garis tengah bumi (equator), bukan di kutub. Penjelajahan mereka di
Antartika adalah hanya sepanjang pinggiran benua tersebut, bukanlah sehingga ke
bahagian paling dalam benua tersebut, kerana terdapat beberapa keganjilan yang
akan diterangkan kemudian.
Daripada
laporan yang ditulis dalam artikel tersebut, beberapa penemuan yang pelik telah
direkodkan. Berdasarkan laporan oleh juruterbang William Kearns, beliau
mengatakan bahawa sistem navigasi tradisional tidak boleh digunapakai untuk
penerbangan di Antartika. Mereka juga mengatakan bahawa penerbangan di
Antartika adalah sangat berbahaya. Tambahan pula jika ingin mencapai objektif
pemetaan Antartika, sesebuah kapal terbang perlulah dilengkapi dengan
kelengakapan fotografi yang sangat banyak, dan bekalan minyak yang berlebihan,
kerana Antartika adalah begitu besar, cuaca tidak menentu menyebabkan setiap
penerbangan yang dilancarkan untuk misi tersebut jarang untuk berjaya. Cuma
penerbangan kumpula Barat yang berjaya memetakan sebahagian daripada bahagian
Antartika yang telah ditetapkan.
Kumpulan Barat juga telah menemui satu penemuan yang menarik iaitu, sebuah
oasis yang mempunyai sedikit tumbuhan yang dinamakan Bunger’s Oasis. Tiada
langsung gunung di kawasan pinggiran Antartika. Pada 12 Feb 1947, misi
penerbangan yang telah dijalankan oleh WR Krietzer dan F.L Reinbolt ke kawasan
yang lebih dalam di Antartika telah menemukan tembok ais yang sangat tinggi,
kira-kira 300 batu dari pinggir Antartika. Ketinggian dinding ais tersebut
lebih kurang 2 batu, berbentuk Kristal ais berwarna biru jernih. Mereka
meneruskan perjalan jauh ke Selatan, namun kemudian berpatah balik kerana kapal
terbang mereka tiba-tiba tidak stabil dan mengalami masalah teknikal. Mereka
menerangkan keadaan yang mereka lihat sebagai landskap bagi sebuah planet yang
lain daripada bumi.
Di
bahagian Timur Antartika, kumpulan Timur membuat beberapa percubaan penerbangan
untuk misi pemetaan, tetapi gagal. Pada 29 Dis 1946, kapal terbang George One
yang sedang menjalankan misi, telah mengalami kerosakan dan meletup di udara.
Tragedi tersebut mengorbankan nyawa beberapa tentera yang terlibat, dan
diingati sebagai ‘Antartic Mayday’. Daripada rekod yang dilaporkan dalam
artikel tersebut, bolehlah dirumuskan bahawa Antartika merupakan sebuah benua
yang sangat besar, mungkin ia adalah ‘equator’ bumi. Antartika juga
mempunyai medan magnet yang sangat kuat sehingga menyebabkan penerbangan adalah
mustahil. Jadi, kita sehingga kini berada di dalam kubah atmosfera hemisfera
bumi, dan tidak pernah berjaya untuk merentasi Antartika untuk ke hemisfera
yang satu lagi, atau pun untuk ke angkasa lepas dengan melepasi lapisan
atmosfera bumi yang diselaputi oleh ‘Van Allen radiation belt’.
Berbalik
kepada Admiral Richard E. Byrd, beliau merupaka tokoh penting dalam
penjelajahan Antartika. Beliau dikurniakan Medal of Honor yang merupakan
penganugerahan tertinggi tentera AS. Beliau dicatatkan sebagai penerbang
pertama yang terbang di kutub Utara (Artik) dan Kutub Selatan (Antartika).
Penjelajahan pertama beliau ke Antartika adalah pada tahun 1928 – 1930 dengan 2
kapal laut dan 3 pesawat udara. Kemudian, beliau kembali ke Antartika pada 1934
secara bersendirian selama 5 bulan. Penjelajahan yang ketiga adalah pada tahun
1939-1940, diarahkan oleh pemerintah AS. Operation Highjump adalah ekspedisi
terbesar manusia ke Antartika. Dalam dokumentasi operasi tersebut, telah
disebutkan bahawa, pasukan tersebut berjaya menemui wilayah di Antartika yang
tidak diliputi ais (Bunger’s Oasis). Dalam wawancara Admiral Byrd di Harian
Chile 1947, beliau mengeluarkan satu penyataan yang sangat mengejutkan. Beliau
menyatakan bahawa “Amerika perlu melakukan tindakan defensive terhadap serangan
musuh yang datang dari kutub Selatan”. Musuh yang manakah yang dikatakan oeh
Byrd? Berdasarkan teori penulis, kumpulan penjelajahan dalam operasi Highjump
mungkin telah terlihat hemisfera bumi yang satu lagi, tetapi tidak boleh
terbang menembusi Antartika disebabkan oleh daya magnetik yang kuat. Adm Byrd
juga menyatakan bahawa ada wilayah sebesar Amerika yang belum pernah dilihat
oleh orang lain, yang terletak selepas daripada Antartika! Ekspedisi ke 5 Byrd,
dilakukan pada 1956-1957 dikenali sebagai Operation Deep Freeze, bertujuan
untuk membangunkan 3 pengkalan tentera di Antartika. Persoalannya musuh yang
manakah yang ditakuti oleh pemerintah dunia ini sehingga meletakkan tiga
pengkalan tentera di Antartika, tidak seperti di Artik? Sudah pasti ia
dibangunkan sebagai langkah keselamatan daripada ancaman yang berasal dari
hemisfera satu lagi di sebalik Antartika yang merupakan ‘equator’ bumi!
Mungkinkah portal ke Hemisfera sebelah terletak di Bunger's Oasis, atau Segitiga Bermuda? entahlah...semuanya adalah kemungkinan
sumber rujukan:
1-
artikel “The United States Navy Antarctic
Development Project 1945 – 1947” dilaporkan oleh RADM Richard E. Byrd (USN
Ret.) - Officer in Charge TASK FORCE 68 dan RADM Richard H. Cruzen, USN,
Commander TASK FORCE 68
KUBAH HEMISFERA BUMI
Seperti
yang penulis terangkan sebelum ini, berkemungkinan terdapat dua kubah medan magnet bumi, satu
di hemisfera utara, satu di hemisfera selatan. Yang mana satukah hemisfera yang
kita diami sekarang ini? Ia menjadi misteri bagi penulis. Kubah magnetik
hemisfera ini mengandungi lapisan-lapisan yang dikenali sebagai Atmosfera.
Terdapat beberapa lapisan atmosfera, seperti gambaran di bawah:
Rajah 1: lapisan atmosfera bumi, kubah hemisfera. Sumber: NASA
Jika
diperhatikan bahawa semakin mendekati permukaan bumi, semakin nipis satu
lapisan atmosfera, maksudnya lapisan troposfera lebih nipis daripada startosfera,
stratosfera lebih nipis daripada mesosfera dan selanjutnya. Ini terjadi kerana
semakin jauh jarak dengan bumi, semakin kurang daya tarikan graviti, lalu
mengakibatkan lapisan tersebut semakin luas. Satellite terletak pada lapisan
thermosfera, kira-kira 300km dari permukaan bumi. Lapisan atmosfera ini juga memberikan
pelindungan kepada bumi dengan mengakibatkan kehancuran kepada objek dari luar
yang memasuki medan magnet bumi, seperti asteroid.
Sedarkah kita bahawa kita
hidup dikelilingi air. Dari alam Rahim, yakni semasa kita dalam kandungan rahim
ibu, kita dikelilingi oleh air ketuban. Di dunia ini juga kita dikelilingi oleh
sistem air, tetapi dalam ketumpatan yang berlainan. Molekul air di lautan
membentuk cecair, tetapi apabila tersejat molekul tersebut wujud dalam bentuk udara.
Kita bernafas menggunakan udara dalam atmosfea bumi, yang turut mengandungi
hydrogen dan oxygen, seperti molekul air. Tubuh badan manusia juga 70% adalah
air. Telah termaktub di dalam Al Quran:
Ayat 30, Surah
Al-Anbiyaa’
“ dan apakah
orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya
dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air kami
jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga
beriman?”
Jika dilihat, kubah atmosfera
bumi merupakan lapisan yang diciptakan Allah untuk melindungi bumi daripada
ditimpa oleh objek dari luar bumi seperti asteroid. Jika asteroid
memasuki medan magnet bumi, ia akan melalui pembakaran dan akhirnya hancur,
melainkan ia cukup besar untuk kekal sebagai batu yang kecil lalu menghempas
bumi. Jika begitu sukar untuk objek dari luar memasuki atmosfera bumi,
sedangkan asteroid bergerak dengan kelajuan alam semesta yang begitu laju,
adakah mungkin untuk manusia menembusi lapisan atmosfera bumi yang dipengaruhi
oleh daya electromagnetic dan tarikan gravity bumi? Ia adalah mustahil. Tuhan
telah menciptakan bumi ini dilindungi oleh satu lapisan air (atmosfera) yang
sangat istimewa, yang melindungi bumi daripada ancaman luar. Kedaaan ini bolehlah
dibandingkan dengan alam Saghir di mana bayi dalam rahim ibu dikelilingi oleh
air ketuban (amniotic fluid) dan dua lapisan ‘amniotic membrane’ yang
melindungi bayi daripada ancaman luar seperti jangkitan kuman, dan sebagainya.
Bayi akan lahir ke dunia alam Insan ini apabila cukup tempoh matang dalam
kandungan, di mana ‘amniotic membrane’ ini akan pecah, dan memulakan rembesan
hormone-hormon seperti prostin dan oxytocin lalu mencetuskan proses kelahiran.
Begitu juga, berkemungkinan lapisan atmosfera bumi ini akan hancur pada hari kiamat, dan pada
hari itu, bumi akan hancur, dan gunung-gunung berterbangan seolah-olah medan
magnetik dan gravity bumi ini telah hilang.
Perhatikan pula gambar-gambar
roket yang dilancarkan ke angkasa. NASA menyatakan bahawa mereka menemui cara
untuk melepasi lapisan atmosfera bumi dengan menggunakan daya tujahan roket
pada tahap-tahap tertentu orbit atmosfera, yang akhirnya roket itu akan jatuh
semula ke bumi, dan objek yang dihantar seperti satelit akan berada pada orbit
atmosfera yang terakir dicapai oleh daya tujahan roket tadi. Satelit tersebut
tidak jatuh ke bumi kerana ia berada pada orbit yang tetap, di mana tarikan
graviti pada orbit tersebut adalah lemah secara relatif, sesuai dengan
persamaan bahawa graviti adalah berkadar songsang dengan jarak daripada pusat
graviti. Jadi satelit tersebut sebenarnya bergerak selari dengan kelajuan
pusingan orbit tersebut, dan tidak memerlukan bahan api untuk terus bergerak,
kerana sebenarnya ia berada dalam keadaan jatuh bebas ‘free fall’. Sebab itu, angkasawan
kelihatan seperti terapung di International Space Station (ISS) kerana mereka
sedang dalam keadaan ‘free fall’, relatif kepada ISS.
Persoalannya ialah adakah
teknologi manusia berupaya menghasilkan roket dengan kelajuan yang sangat
tinggi untuk melepasi setiap lapisan orbit atmosfera dan juga untuk melepasi
lapisan Van Allen radiation belt yang paling kuat di bahagian luar atmosfera?
Bagi penulis, ia adalah mustahil. Mengikut pencarian yang dilakukan oleh
penulis, kenderaan terbang yang paling laju yang mampu dicipta oleh manusia
kini adalah kapal terbang X15, yang mampu mencapai kelajuan enam kali lebih
laju daripada kelajuan bunyi, kelajuan maksimum pada 7200km/hr. altitude
penerbangan yang paling tinggi yang pernah dicapai oleh X15 adalah 100km tinggi
daripada permukaan bumi. Ia merupakan ketinggian yang lebih rendah daripada
lapisan thermosfera (Karman’s Line). Sedangkan lapisan paling luar atmosfera
ialah exosfera, yang terletak kira-kira 600km tinggi daripada permukaan bumi.
Manusia telah berjaya meletakkan satelit pada ketinggian kira-kira 300km dari
permukaan bumi, manakala terdapat lebih kurang 300 km lagi yang perlu dilepasi
untuk melepasi lapisan exosfera. Semakin jauh jarak dari pusat graviti bumi,
semakin lemah daya graviti. Berdasarkan teori Isaac Newton, sesuatu daya akan
sentiasa mempunyai daya yang bertentangan dengannya. Jadi, semakin tinggi lapisan
atmosfera, semakin kurang ketumpatan zarah udara, semakin banyak tenaga yang
diperlukan untuk mencapai pecutan yang mampu menghantar sesuatu ke lapisan
exosfera. Jika sesuatu objek sudah berada pada satu orbit di lapisan atmosfera,
ia akan bergerak pada kejauan yang sangat laju secara ‘free fall’ kerana
tarikan graviti bumi yang lemah, dan pengaruh daya elektromagnetik. Tetapi
untuk naik dari satu petala atmosfera ke petala yang lebih tinggi, begitu
banyak tenaga yang diperlukan (pecutan). Ini boleh dibandingkan dengan
pergerakan electron dalam satu model atom, di mana electron hanya akan
berpindah ke lapisan orbit yang lebih tinggi apabila menyerap tenaga
(pemanasan) yang cukup untuk mengatasi daya elektromagnetik sesuatu orbit dan
daya tarikan graviti daripada nucleus. Begitu juga halnya dengan manusia.
Begitu banyak kos yang diperlukan untuk melakukan misi mustahil merentasi
lapisan atmosfera bumi, perlu mengatasi tarikan graviti bumi dan daya
elektromagnetik setiap level pada atmosfera bumi, dan akhir sekali untuk
mengatasi ‘Van Allen magnetic belt’. Ia adalah misi mustahil. Jadi, bagi
penulis, melainkan dibuktikan dengan gambar sebenar tentang pendaratan kamera,
robot, dan kapal angkasa ke luar atmosfera bumi, penulis tidak akan percaya
dengan khabar yang dihebahkan oleh NASA mengenai program penjajahan alam
semesta (space program). Semua gambar-gambar tentang pendaratan di bulan, foto-foto
di planet marikh, masih ada kemungkinan yang ianya rekaan semata-mata yang boleh dilakukan di dalam
studio atau menggunakan kaedah photoshop dan CGI. Terdapat pembongkaran bahawa
foto-foto di laman web NASA yang menunjukkan keadaan planet Marikh sebenarnya
foto-foto yang diambil dari Pulau Devon, Kanada. Dalam artikel oleh Alexnder
Light 12/12/2015 bertajuk “Where on Earth Are NASA’s Rovers Sending Pictures
From? Devon Island, Canada”, beliau menerangkan secara terperinci tentang
penipuan NASA tersebut. Anda boleh membacanya, untuk mempercayainya itu pilihan masing-masing.
Tambahan pula, jika dilihat foto-foto yang diambil
di tapak pelepasan roket NASA di SAtellite Beach menunjukkan bahawa roket
sentiasa bergerak melengkung, dipengaruhi oleh daya graviti bumi, dan daya
elektromagnetik atmosfera. Sumber John Kraus ( wartawan foto untuk AmericaSpace.com). Pointnya di sini penulis beranggapan bahawa untuk menghantar sesuatu melepasi medan atmosfera bumi ini, ia adalah sesuatu yang agak mustahil..
Kesimpulannya,
penulis berpendapat bahawa disebabkan kewujudan kutub magnet di Kutub Utara,
Equator (Antartika), dan Kutub Selatan (tidak diketahui), bumi dilindungi oleh
lapisan atmosfera yang berbentuk kubah, pada setiap hemisfera bumi, seperti
lakaran penulis di atas. Lapisan atmosfera ini begitu kukuh, dipengaruhi oleh
daya graviti bumi, dan mempunyai petala / level / peringkat orbit yang diapungkan
oleh daya elektroagnetik dalam atmosfera. Pada bahagian luar pula, atmosfera
dilindungi oleh ‘Van Allen magnetic Belt’ yang sangat kuat medan magnet dan
kadar radiasinya, yang menjadikan sesuatu objek adalah mustahil untuk keluar
dariapda atmosfera bumi. Jadi, jika dilihat bahawa Neil Armstrong yang
dikatakan menjelajah ke bulan, telah pulang dengan selamat dan sempurna
daripada misinya di bulan, adalah tidak masuk akal. Mungkinkah ia hanyalah propaganda ? anda tentukan
sumber rujukan:
2- NASA official website
3-
artikel oleh Alexnder Light 12/12/2015 bertajuk
“Where on Earth Are NASA’s Rovers Sending Pictures From? Devon Island, Canada”,
-
John Kraus – rocket launching photos
Subscribe to:
Posts (Atom)